APAM KAMPUNG

rsz_apam_kampung
Salam semua, entri kali ini cm nak share kuih apam yang begitu menjadi kegemaran bonda dan juga semua. Dah pernah buat dulu. Ini cuma kuih apam sempoi dan senang dibuat. Cuma ada kala ia meragam sikit tapi masih ok, masih gebu dan sedap dimakan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam. Kalau anda perhatikan, sejak2 ni pelbagai jenis apam modern yang dibuat begitu comel dan molek. Teringat cm apam polka dot, kalau tak silap cm dulu yang awal2 buat apam tu, geng blog masak2, Cikgu Hana, yang mengajar di Bukit Goh sekarang ni (bukan kat S'pore ke Bukit Goh tu?..hehe) lepas kejadian Hana mengapam polka dot, apam polkadot jadi pemes merata2, sampai ada yang menjadikannya sumber pendapatan sampingan. Alhamdulillah, dalam dunia blog masak2 ini, ilmu yang bermanfaat gunakanlah sebaik mungkin. Rezeki kan ada di mana2 saja....dengan izin Allah swt...

rsz_apam_kampung1
Tapi untuk cm, apam kampung kali ini dimakan bersama sambal tumis, yang ni terpulang nak makan dengan apa sekali pun. Cicah kuah kari pun ok. Cm kukus dalam loyang bulat 9 inci. Kalau anda suka, boleh juga ditambah pewarna samada kuning atau hijau. Terpulang. cm lebih suka warna asli. Apam kampung sesuai dimakan waktu pagi mau pun petang, pendek kata tak kira masa. Cm pernah buat dulu  dan resipi dia pun masih ada di blog DTS ni...Untuk memudahkan anda yang ingin mencuba, cm tulis sekali lagi seperti bertikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum*
50 gram tepung beras*(*disatukan dan diayak)
75 gram gula perang @ soft brown sugar
1 cawan air
1/4 cawan air suam
1 camca besar instant yeast
Kelapa parut putih secukupnya + sedikit garam dan digaul rata dan kukus sekejap
Sambal tumis pilihan anda (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan instant yeast dan air suam, kacau rata dan biarkan 5 minit hingga bancuhan berbuih. Sementara itu dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 diatas kecuali kelapa parut, garam dan sambal tumis. Kacau rata.
  2. Masukkan bancuhan yeast dan kacau rata hingga sebati. Tuang dalam loyang bulat berukuran 9 inci yang telah disapu sedikit minyak. Perap selama 1 jam atau hingga adunan naik. Kukus 40 - 45 minit atau hingga masak.
  3. Balut penutup kukus dengan kitchen towel dan kukus dengan api kuat. Kalau guna pengukus elektrik, tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Biar apam betul2 sejuk sebelum dipotong. Sajikan bersama kelapa parut atau sambal tumis..

Post a Comment

5 Comments

  1. sangat suka apam kampung tapi yg xde tepung beras..

    ReplyDelete
  2. rindu nak makan apam nie.. minta share yer.... nak buat jgk... thanks..

    ReplyDelete
  3. apam mcm ni deno biasa mkn dengan nyiur je..:)

    ReplyDelete
  4. masa kecik2 mak selalu wat..adik beradik ramai..x ble la nk beli..la ni..beli je la..

    ReplyDelete
  5. Like Like Like tapi tak suka yang gebu. suka yang bantat. teringat arwah bonda buat dulu. selalu suruh dia buat yg bantat.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.