LINGUINE WIF CHICKEN MAKHANI "MY CHEF"..ADA BERANI?

rsz_mychef_spaghetti
Salam semua, malasss nak masak yang susah2, buat yang senang je lah. Jadi mat pun mula menderhaka salah satu produk MyChef. Kali ni mat cuba guna Chicken Makhani oleh Chef Liza, sebagai bahan eksperimen di makmal mat gebu....jangan memain, che mat pun ada makmal jugak..alah kat dapur je pun, makmal lah sangat. Satu2 produk itu waimah produk sedia hidang macam MyChef ini pun anda boleh pelbagaikan ikut citarasa anda...jadi lebih kreatif. Ada pelbagai lagi produk MyChef yang anda boleh fikirkan untuk diberi citarasa baru walaupun yang sedia ada sudah cukup perisanya. Tempoh hari mat ke MyDin Kulai, dan nampak pekerja MyDin sedang menyusun produk MYChef, tapi tak banyak sangat cuma ada 3 jenis. Mungkin akan ditambah dari masa ke semasa. Anda boleh lihat senarai pasaraya2 yang turut menjual produk sedia hidang MyChef di sini...

rsz_mychef_spaghetti1
....untuk kali ini mat guna pasta jenis Linguine, terpulang pada anda nak guna apa jenis dan rupa pasta sekali pun, semua ok. Untuk sos pasta seperti mat tulis di atas, mat guna Chicken Makhani dan mat cuma tambahkan trafficlight capsicum yang mat dadu dan juga 3 biji cili padi yang mat cincang halus. Cili padi tu tak perlulah bagi mereka yang tak tahan pedas. Resipi ini untuk 2 hidangan, tapi bergantung pada individu juga lah. Selain 2 bahan tadi, untuk hiasan mat cuma taburkan beberapa pokok anak ketumbar yang mat semai sendiri. Anak pokok ketumbar setinggi  sayur tugeh, mat cabut, cuci dan jadikan hiasan atas pasta....Ok gak kan, ala2 fusion...

Contoh pokok anak pokok ketumbar yang mat guna untuk hias atas pasta tadi. Biji benih boleh beli dipasaraya atau kedai2 pertanian. Kemudian anda semai, siran air, dalam masa 4 -5 hari ia akan mula bercambah. Ok mat tulis serba ringkas macam mana nak buat....Sebarang komen dan pendapat mengenai produk MyChef anda boleh buat di FB MyChef di sini...Jangan lupa klik LIKE dulu....

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram pasta Linguine yang belum direbus
1 kotak MyChef Simply Delicious "Chicken Makhani"
1/4 bahagian traffic light capsicum, didadu
3 biji cili padi, cincang halus
Sedikit daun ketumbar, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pasta Linguine dalam air mendidih bergaram mengikut arahan pada pack, kemudian toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Letak dalam pinggan sesuai...
  2. Sementara itu, keluarkan pack 'Chicken Makhani" dari kotaknya dan panaskan dalam oven microwave pada "HIGH" selama 4 minit. Kemudian buka tutup plastiknya, masukkan cili padi yang dicincang dan juga trafficlight capsicum yang telah didadu tadi. Kacau rata dan panaskan kembali untuk 30 saat. Kacau rata.
  3. Tuang atas pasta, ratakan dan hias dengan sedikit daun ketumbar. Boleh hidangkan.....Selamat mencuba!!..
CATATAN MAT GEBU :- Selain dalam oven microwave, anda boleh juga panaskan dalam kukus atau kuali. Kalau dalam kuali atau pan, pastikan guna api kecil dan kacau selalu. boleh tambah sedikit air jika perlu.....

Post a Comment

7 Comments

  1. Isk isk isk xtahan tgk gambar CMG nie sgt cantik... chicken makhani mmg sedap kalau diolah buat ape pun kan :)..

    ReplyDelete
  2. sedapnya...meleleh air liur tgk...nak sepinggan

    ReplyDelete
  3. banyak jugak produk mychef ni ya...

    ReplyDelete
  4. nyemmm...ada idea dah nak makan apa lunch karang *padahal brekfes pun belum. Perut dah berkeruk nih!

    P/s: saya ni penggemor daun ketumbar tau. Tapi sejak akhir akhir ni dah kurangkan atas sebab sebab tertentu...sobs!

    ReplyDelete
  5. Tak pernah cuba lagi.. Nampak sungguh sedap..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.