HUJAN TURUN...MOOD PUN TURUN...KANGKUNG BELACAN JELAH..

rsz_kangkung_belacan_cilipadi
Salam Ahad, selamat berhujung minggu. Sejuk kat Sedenak ni, awal pagi tadi tak hujan, sekejap tu mula dah langit nampak berat. Hujan turun sekejap, tapi cuaca jadi dingin, nyaman dan membuatkan perasaan jadi tak berapa nak rajin. Tapi demi memasak, ku teruskan juga walaupun bantal asyik panggil2 je nama che mat, ajak landing sambil mimpi hunting teko....errr..teko?..haha. Hari ni untuk entri pertama the malas day, mat masukkan menu kangkung belacan cili padi. Sejuk2 ni elok juga makan benda yang pedas, walaupun sayur kangkung itu tergolong dalam sayuran jenis sejuk. Dan mengikut petua orang2 tua, mereka yang ada sakit2 sendi tak elok sangat makan kangkung. Apa2 pun terpulang pada masing2, kalau rasa ok, tak sakit masa makan, dipersilakan, kalau rasa tak ok, tak perlulah makan kangkung, banyak lagi sayur2ran yang boleh anda makan......Perlu tak resipi?...Perlu lah kan dah nama blog masak2.. Dan terima kasih DTS pada blog ini juga....Kenapa?..nak tau sendiri kena baca...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak kangkung, siang berasingan batang dan daunnya, cuci bersih dan toskan
1 genggam, isi udang
Sedikit ikan bilis, cuci dan goreng hingga garing, untuk hiasan (mat guna ikan bilis nasi)
1/2 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
15 biji cili padi kampung*
1 inci belacan*(*ditumbuk lumat)
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum. Masukkan sos tiram dan isi udang, kacau rata dan masak hingga isi udang berubah warna. Tuang sedikit air dan kacau rata. Biar mendidih.
  2. Masukkan batang kangkung, masak hingga lembut sedikit. Tambah daunnya, gaul pantas. Perasakan dengan sos ikan secukupnya. Matikan api. Tabur ikan bilis goreng atas kangkung sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas2 bersama nasi dan lauk2 lain....

Post a Comment

5 Comments

  1. kangkung belacan pun kangkung belacan la abg mat gebu yer...janji kenyang...hihihi

    sy paling suka pic yg abg mat gebu snap....ohsem sgt

    ReplyDelete
  2. Abg mat..bleh x tunjuk kan kicap sotong dan sos ikan yg digunakan...slalu jumpa yg siam je kat pasaran..harap dpt bantu

    ReplyDelete
  3. Tahniah Cik Mat Gebu kerana menjadi blog pujaan ramai dan sentiasa jadi rujukan buat mereka yang rajin ke dapur..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.