Terlepas pandang sudah..walaupun 3 bulan lebih ianya berlalu, tapi mat tetap nak buat juga entri sebagai kenangan. Pada 29hb Julai 2012 lepas masuk lah tahun ke-6 mat berblog. Tak sangka boleh bertahan lama. Tadi kat FB komen dari sorang teman, dia kata kalau bela budak dah nak masuk sekolah. Hahah..betul gak kan...Kejap...nak tarik nafass dulu...hmmmmm.....aaaaaaaaaa...legaa..hehe. Tiba2 rasa sayang tengok blog sendiri. Tau tak, sebab berblog ni lah mind set mat gebu mengalami sedikit perubahan. Alhamdulillah, jika digunakan ia untuk kebaikkan, maka hasilnya benda2 yang baik juga akan diperolehi dan begitu juga sebaliknya.

Dalam entri ringkas ini mat dengan rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih pada semua, pada followers. pada silent readers, majalah Jelita, MyChef, teman2 FB, teman2 blog samada blogger masakan, personal, hobi dan sebagainya. Atas sokongan anda pada DTS-MAT GEBU. Mat harap tak sikit banyak blog ini dapat membantu anda dalam memberi idea memasak untuk keluarga dan juga membantu mereka2 yang baru berjinak2 ke dapur. Pada sahabat ku, Ben Ashaari, terima kasih kerana banyak membantu.....

TUMBUH RIMBUN POHON BEMBAN,
TEMPAT BERMAIN PELBAGAI IKAN,
SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN,
INSYA ALLAH "KAU" TAKKU TINGGALKAN..

BUAH DELIMA DI DALAM PETI,
DIJAMPI SERAPAH MANTRA SAKTI,
BIARLAH "KAU" MENABUR BAKTI,
WALAUPUN KU SUDAH TIADA NANTI...