Lama juga tak buat kuih seri muka, atau di Singapura dipanggil puteri salat. Orang2 peranakan juga ada kuih macam ni yang dipanggil pulut seri kaya. Walau apa pun, ia tetap benda yang sama, bahan lapisan bawah dari pulut dan kepalanya campuran santan, telur, jus pandan sedikit tepung dan pewarna hijau. Cuma sukatan ia berbeza2 mengikut resipi masing2. Sebenarnya mat teruja nak test satu resipi unik dari blog Kak Sari di sini. Tapi sebelum tu nak minta maaf pada Kak Sari, sebab mat guna resipi kuih seri muka yang ada di blog DTS ni dan mat tambah bahan seperti resipi di blog Kak Sari...errr..mintak halal yea kak..dan mintak halal juga Makcik Sa'diah tuu...patik tidak derhaka banyak, cuma derhaka sikitttt jee....
Kalau tanya mat, CM,kenapa you guna resipi sama. Resipi asas kuih seri muka ni mat ambik dari blog Kak Ida 1001 Resepi, (errr....tu pun mat dah derhaka sikit.) Dan mat buat banyak...banyak...banyak...kali, hasilnya memang menten seksi dan lawa, takde lah kata resipi orang lain tak elok, cuma pada mat, sebagai seorang yang belum mahir dalam selok belok kuih muih melayu, kalau ada resipi yang bagus, menjadi dan mendapat pujian bila orang lain merasainya, apa salah kita simpan resipi tu sebagai rujukan. Bercerita pasal "versi Makcik Sa'diah" tu pulak..kenapa nama dia terlibat dalam ni...Sebabnya, bila anda baca resipi nanti, mesti ada yang baca 2-3 kali kerana kurang yakin...haha. Mat pun mula2 tak yakin bila baca kat blog Kak Sari, tapi akhirnya setelah ku cuba, serius memang lain dan sungguh "sesuatu" dan sedappppp's!!!...apa "sesuatu" itu....Ok jomm kita lihat resipi..
BAHAN-BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
350 gram pulut, cuci dan rendam 30 minit, kemudian toskan (mat guna "pulut susu")
220 ml santan cair*
1 camca teh garam*
1 camca teh minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul
BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS :-)
300 ml santan (kalau dapat guna santan segar)
3 biji telur gred B (mat guna gred A)
180 gram gula pasir
4 helai daun pandan, kerat pendek
1/2 camca teh jintan manis
1 biji bawang merah bersaiz kecil
4 1/2 camca teh tepung jagung
2 camca besar + 1 camca teh tepung gandum
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan tuala dapur yang bersih. Alas tin bulat berukuran 9 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Toskan pulut, masukkan dalam tin, tuang santan dan masukkan daun pandan. Kukus selama 25 minit. Kemudian keluarkan daun pandan. Tekan pulut tadi biar padat. Tekan rata2. Ketepikan.
- Sementara itu, kisar santan, daun pandan, jintan manis dan bawang merah hingga halus, tapis dan perah. Ketepikan. Dalam mangkuk, satukan gula, telur dan secubit garam, kacau rata dengan whisk, masukkan santan + jus pandan tadi, kacau rata. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, kacau rata dan tapis ke dalam bekas tahan panas.
- Masak atas air mendidih sambil dikacau hingga bancuhan nampak pekat. Kemudian tuang atas pulut tadi perlahan2. Kukus kembali selama 25 - 30 minit, tutup permukaan tin dengan aluminium foil atau tidung periuk. Kukus dengan api sederhana kuat. Bila kuih masak, biar betul2 sejuk baru dipotong. Hidangkan.
18 Comments
Sedapnya pulut sekaya!!!! sampai hari ni tak reti nak buat.. sampai phobia.. kepala dia tu asyik cair je pastu masuk dalam pulut heheheh
ReplyDeleteamboi ..sedapnya lerr..mak saya pernah buat ni tapi saya tak suka sebab maklumlaa selera ni kadang2 nak tapi kadang2 mengade
ReplyDeletesedapnyaaa...nak cuba juga lah resepi makcik sa'diah tu, sebelum makcik Sa'diah patent kan resepi tu..hehehe..
ReplyDeletesalam mat.... kim salam makcik sa'diah dengan ucapan selamat berkenalan.. hihihihihi
ReplyDeletesalam..esok saya bacakan entry ni kat mak saya a.k.a Makcik Sa'diah yer..dia mesti suka bila taw ramai yg teruja nak cuba resipi dia walau dh diubah suai tp nama dia ttp ada..thanks Cik Mat sbb sudi cuba dan thanks jugak sahabatku Sari sbb ko ramai nak try..hehee :D
ReplyDeletesalam mat.
ReplyDeletekalau lepas makan kue ni muka tak berseri, sabau je la haha..
wah,siap ada versi tersendiri ye.huhu
ReplyDeleteteringinnya nak makan serimuka ada bawang!!!!
ReplyDeletex leh tak baca...suka sgt kuih ni tapi x reti buat..reti beli je..hehe
ReplyDeleteblup..blup..sedapnya..mak selalu beli kat pasar malam kuih ni..hehehe :p
ReplyDeleteTak apalah Cik Mat, yg penting Cik Mat berani mencuba letak bawang dalam kisaran air daun pandan tu. Cuma Kak Sari rasa mungkin Cik Mat tak cukup berani kot nak letak 2 ulas bawang merah & 1camca teh jintan manis dalam air daun pandan tu, hehehe. Terima kasih, ya Cik Mat krn lebih mempopularkan Seri Kaya versi Makcik Sa'diah di Dapur Tanpa Sempadan ini.
ReplyDeleteletak bawang n jintan manis.....memang tk pernah dengar. Mesti sedap...lain dari yg biasa2...
ReplyDeleteNk cuba nmpk sedap sgt.... Tp seram pulak nk ltk bwg ...
ReplyDeleteI'ven been reading your blog for almost a year, but this is first comment from me. Sebab... saya terliur sesangat!!!! Few times dah saya cuba buat kueh ni tapi main taruk jer asal ada rasa. Btw nak tanya, any alternative other than kukus? wajib kukus ek?
ReplyDeletesedapnye..berbunyi2 perut tgk ;)
ReplyDeleteResepi ni sebijik mcm mak saya buat kecuali bawang merah tu jer. Boleh tau rasionalnyer letak bawang tu?untuk pemahaman pasal kombinasi bahan masakan jer. Jintan manis tu memang superb dgn pandan. Bawang jer tak buleh imagine
ReplyDeleteSama mcm mak saya...resepi gunakan bwg merah dan jintan manis...walaupun mcm pelik tp mmg sedap....
ReplyDeleteA'salam che mat saya tgh wat serimuka ni...harap menjadi..
ReplyDelete