rsz_dsc_1644

Lama juga tak buat kuih seri muka, atau di Singapura dipanggil puteri salat. Orang2 peranakan juga ada kuih macam ni yang dipanggil pulut seri kaya. Walau apa pun, ia tetap benda yang sama, bahan lapisan bawah dari pulut dan kepalanya campuran santan, telur, jus pandan sedikit tepung dan pewarna hijau. Cuma sukatan ia berbeza2 mengikut resipi masing2. Sebenarnya mat teruja nak test satu resipi unik dari blog Kak Sari di sini. Tapi sebelum tu nak minta maaf pada Kak Sari, sebab mat guna resipi kuih seri muka yang ada di blog DTS ni dan mat tambah bahan seperti resipi di blog Kak Sari...errr..mintak halal yea kak..dan mintak halal juga Makcik Sa'diah tuu...patik tidak derhaka banyak, cuma derhaka sikitttt jee....

rsz_dsc_1677
Kalau tanya mat, CM,kenapa you guna resipi sama. Resipi asas kuih seri muka ni mat ambik dari blog Kak Ida 1001 Resepi, (errr....tu pun mat dah derhaka sikit.) Dan mat buat banyak...banyak...banyak...kali, hasilnya memang menten seksi dan lawa, takde lah kata resipi orang lain tak elok, cuma pada mat, sebagai seorang yang belum mahir dalam selok belok kuih muih melayu, kalau ada resipi yang bagus, menjadi dan mendapat pujian bila orang lain merasainya, apa salah kita simpan resipi tu sebagai rujukan. Bercerita pasal "versi Makcik Sa'diah" tu pulak..kenapa nama dia terlibat dalam ni...Sebabnya, bila anda baca resipi nanti, mesti ada yang baca 2-3 kali kerana kurang yakin...haha. Mat pun mula2 tak yakin bila baca kat blog Kak Sari, tapi akhirnya setelah ku cuba, serius memang lain dan sungguh "sesuatu" dan sedappppp's!!!...apa "sesuatu" itu....Ok jomm kita lihat resipi..

BAHAN-BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
350 gram pulut, cuci dan rendam 30 minit, kemudian toskan (mat guna "pulut susu")
220 ml santan cair*
1 camca teh garam*
1 camca teh minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul

BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS :-)
300 ml santan (kalau dapat guna santan segar)
3 biji telur gred B (mat guna gred A)
180 gram gula pasir
4 helai daun pandan, kerat pendek
1/2 camca teh jintan manis
1 biji bawang merah bersaiz kecil
4 1/2 camca teh tepung jagung
2 camca besar + 1 camca teh tepung gandum
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan tuala dapur yang bersih. Alas tin bulat berukuran 9 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Toskan pulut, masukkan dalam tin, tuang santan dan masukkan daun pandan. Kukus selama 25 minit. Kemudian keluarkan daun pandan. Tekan pulut tadi biar padat. Tekan rata2. Ketepikan.
  2. Sementara itu, kisar santan, daun pandan, jintan manis dan bawang merah hingga halus, tapis dan perah. Ketepikan. Dalam mangkuk, satukan gula, telur dan secubit garam, kacau rata dengan whisk, masukkan santan + jus pandan tadi, kacau rata. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, kacau rata dan tapis ke dalam bekas tahan panas.
  3. Masak atas air mendidih sambil dikacau hingga bancuhan nampak pekat. Kemudian tuang atas pulut tadi perlahan2. Kukus kembali selama 25 - 30 minit, tutup permukaan tin dengan aluminium foil atau tidung periuk. Kukus dengan api sederhana kuat. Bila kuih masak, biar betul2 sejuk baru dipotong. Hidangkan.