Salam Sabtu, masa untuk berehat kalau hari2 macam ni. Kalau dapat nak masak pun malas. Oleh yang demikian, mat gebu ni hari masak yang mudah2 dan tak makan banyak masa. Tapi tetap banyak masa ku habiskan di dapur dan kawasan sekitarnya....huhu. Sempena minggu ILUS novel tulisan Melur Jelita. Mat masak satu menu ringkas yang sesuai untuk mood tak berapa nak rajin. Dalam novel tu ada satu babak dimana Iris masakkan Firman sup cendawan dengan telur masa mereka di Kemboja, terus mat pun dapat idea nak masak macam tu juga, tapi mat takmo guna telur ayam, nak guna telur burung puyuh, sebab telur puyuh ni kan comel2. Satu lagi mat rebus dulu telur puyuh baru dimasukkan dalam sup. Ia hanya sup biasa, Cendawan terpulang pada anda samada nak guna cendawan tiram atau sebagainya. Mat guna cendawan seakan enoki tapi bersaiz besar...alaa lupa pulak nama dia...tapi rasa dia manis. Ok kita semak resipi mudah ini..
BAHAN-BAHANNYA :-)
15 - 20 biji telur puyuh, rebus dan kupas kulitnya, cuci dan toskan
150 gram cendawan pilihan anda
1 kiub ayam Maggi
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1/2 cekak soohoon, kerat pendek dan rendam
Air secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasa
Bawang goreng untuk hiasa
BAHAN HIRIS HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia muda (atau halia biasa)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga harum, tuang air secukupnya (anggaran 4 cawan). Kacau dan bila mendidih, masukkan telur puyuh, kiub pati ayam dan leek (toskan). Masak sekejap.
- Masukkan soo hoon, tambah serbuk lada hitam dan juga garam secukup rasa. Kacau dan bila mendidih, masukkan cendawan. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, ikan goreng dan sambal belacan.....Penggsannn >_____<
9 Comments
ni mmg comfort food, mak pun selalu buat cuma telur tu dipecahkan terus dalam kuah sup.. arghhhh lelehh
ReplyDeletesup + nasik + ikan goreng + sambal belacan = memang boleh pengsannnnn
ReplyDeletealahai.sangat terliur!
ReplyDeleteni hujan2 best makan ni~glurpppp!
Sedapnyaaa. tetiba rasa lapar balek !
ReplyDeletesedapnyaaa sup tu...apa kata kalu cmg buka restaurant? pasti meletopss diserbu org...kan?
ReplyDeleteeh ni macam mee sup jugak laa kan ..emm..kalau tambah dengan sambal , lada sikit ..agak sedap jua
ReplyDeleteSalam CMG,
ReplyDeletemesti Iris menyesal tak kahwin Cik Mat..ekeke
i like this one.. makan sup je tanpa nasi.
ReplyDeletephewwww...skrng ngah hujan lebat ne..pekene sup mmg kompom terangkat nee...
ReplyDelete