Mat kan jemu dah makan sup ayam yang berempah sangat. Hari ni saja aku derhakakan resipi sup ayam dengan menggabungkan beberapa resipi, tapi agak terkejut juga, sedap pulak rasa dia, ada harum bau lemon dan rasa dia masam2 sedikit tapi bukan lah masam sangat, cuma rasa masam lite2 saja. Bau lemon tu bukanlah kuat sangat, ada pulak yang ingat sabun cuci pinggan kang...haha. Mat guna 1 biji lemon, diparut kulitnya, pastikan bahagian kuning sahaja, kalau bahagian putih, nanti pahit. Dan mat gunakan juga dalam 2 camca teh jus lemon. Lepas tu campakkan 1 bungkus sup bunjut adabi dan bahan2 lain, kemudian rebus sampai ayam empuk, masak sekejap lagi, tambah apa yang perlu dan siap untuk dihidangkan. Hirup macam tu pun sedap...nak2 kalau demam atau tekak tak berapa nak ok....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong 10 bahagian, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 1/2 inci halia, hiris
1/2 inci lengkuas, dititik
1 biji bawang besar belah 6
4 ulas bawang putih, dititik
10 biji cili padi, belah dua setiap satu
1 inci kunyit hidup, hiris halus
1 bungkus sup bunjut adabi
1 biji lemon, parut kulitnya (bahagian kuning sahaja)
2 camca teh jus lemon
Air secukupnya
1 camca teh lada hitam serbuk (serbuk lada hitam "aji-shio")
Garam secukup rasa
1 kiub ayam (optional)
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalam periuk, masukkan serai, lengkuas, halia, bawang putih, cili padi, kunyit hidup dan air secukupnya. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan ayam bersama sup bunjut dan kiub pati ayam (jika guna). Kacau dan biar masak dengan api perlahan.
- Masukkan parutan kulit lemon dan garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga ayam empuk. Tambah jus lemon, garam secukup rasa dan serbuk lada hitam. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Jika suka boleh tambah sedikit lagi serbuk lada hitam..
9 Comments
kalau lemon tukar dengan limau purut boleh tak pok cik mat tak berapa gebu?
ReplyDelete@ yuyu - hmmmm, pcm rasa ok juga, tapi kan dah rasa ala2 tom yam pulak...
ReplyDeleteHi CMG.. wah wah satu kelainan yang penting rasanya ya tak.. tentu segar je dapat makan sup ni..
ReplyDeleteP/s: kita dah cuba resepi rendang kerang CMG sedappp thx ya!!
Salam MG...mmg sedap sup ayam rasa masam2 mkn ngan nasi panas2..pastu ada lak sambal kicap!
ReplyDeleteTak noleh kiri ...kanan dah :)
memang sedap ni..!!!!
ReplyDeletesaya mmg suka sup yg masam² sket CMG. biasanya kalau x de lemon ,saya perahkan limau kasturi jek . kalau time x sihat lg sedap nak hirup sup masam² ;-))
ReplyDeleteBila CMG tulis bau sabun
ReplyDeletecuci pinggan terus hilang
selera i
waaaa sedapnyer...
ReplyDeletedah masak. and sedap sangat! hehe!
ReplyDelete