Selamat petang, masa2 macam ni baru ada masa terluang. Macam sibuk je si mat tu, huhu, nak cerita pun malas, kalau ada masa yang ok,insya Allah pasti blog akan diupdate. Hari ni untuk entri pertama kita lihat satu resipi mudah tapi tu lah, bukan untuk mat gebu, aku cuma masakkan sahaja, tapi makan tak bley, takut lah kegatalan. Takpe lah, kita lihat orang lain makan pun rasa seronok. Sotong ni mat tak kerat2, tapi mat kelar2 tak putus untuk setiap ekor, guna sotong bersaiz sederhana. Mat guna dalam 6 ekor sotong sahaja, kalau timbang berat dia kurang lebih 400 gram macam tu. Tapi kalau anda nak hiris seperti biasa, itu terpulang. Satu lagi, hidangan macam ni sedap dimakan panas2. Ok, resipi seperti berikut.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram sotong saiz sederhana
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau kasturi perah jusnya
1 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh serbuk ketumbar*
1/2 camca teh serbuk jintan manis*
1 camca besar cili flakes*
Cili merah, didadu kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Sotong dibersihkan, buang kulitnya. Kemudian kelar2 sotong tadi, tapi pastikan tidak putus. Buat untuk setiap ekor, cuci bersih dan toskan. Kemudian gaul dengan bahan2 bertanda (*) dan perap 20 minit dalam peti sejuk.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan daun kari hingga harum. Masukkan sotong yang diperap tadi, gaul rata dan masak hingga sotong berubah warna, tambah hirisan bawang (leraikan), kacau rata.
- Tambah jus limau kasturi, garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Tabur cili merah yang didadu kecil sebelum menghidang. Sedap dimakan panas..
7 Comments
kesian Cik Mat, boleh masak tak boleh makan..
ReplyDeletekalau anak kecik saya (5yrs) cakap, banyak2 sea food, sotong ler dia tak suka makan.. mmm sbb sotong tak de tulang.. errkkk.. untung mama.. leh makan sotong sorang2.. heheheh
ReplyDeleteAs'salam Che Mat,
ReplyDeletemenu simple2 gini mmg sedap makan panas2! Terliur tengok~
cukup ker 4 ekor jerr?
hehe . .
cantiknye sotong dipotong rupa gitu...!
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeletesedapnya menu ni..
sheila mohon izin nak cuba resepi ni boleh?
cik mat..
ReplyDeletemasyaALLAH...hr ni sy puasa...terliur betul bile tgk blog kak ida td pn ade sotong gak...terus teringin nk makan sotong berbuka nnt...tetibe cik mat masak sotong pulak...terus rasa nk pengsan...jemput jamah bingka cheese kak hasue ni...sedap bangat - http://mytravelmyfood.blogspot.com/2012/09/bingka-cheese-from-sarawak.html
simple & pasti sedap!
ReplyDelete