P1310316P1310317
Salam Isnin, sebelum mat letak entri masak2, nak share sikit apa yang berlaku Jumaat 7hb yg lepas. Secara jujur dan ikhlas, nak cerita pun tak pandai. Tapi kalau anda lihat gambar, pasti dah tau kan. Ok, kita mulakan secara ringkas saja lah. Sebelum tu, terhutang budi mat dengan Kak Ida 1001 Resipi, dia call mat masa bulan Ramadhan lepas, pasal satu projek ni. Seperti biasa lah, orang nama mat gebu ni, bukan saja old fashion, ortodox dan konservetif tapi degil juga...kan Kak Ida...hehe. Lepas beberapa ketika di tiffinbiru dot com, En Fairuz inbox mat....dan kemudian bersambung pula ke email... hingga mat mencapai kata persetujuan, tu pun lewat balas email sebab, mat sendiri dah mula sibuk untuk persiapan Syawal dan perancangan merai tetamu... (minta maaf En Fairuz).

P1310319P1310318
Bila persetujuan dibuat dan tarikh 7hb September 2012 telah ditetapkan oleh En Fairuz, mat pun rasa ok tarikh tu, dan En Azam, orang My Chef terlebih dahulu datang ke pondok mat gebu di Sedenak, seminggu lebih awal, untuk berbincang beberapa pekara..dan alhamdulillah semua berjalan lancar, sori lah En Azam, masa tu, saya jamu dengan cekodok dan biskut raya saja. Dan dipendekkan cerita lagi, 7 hb tu, Jumaat, berlangsunglah sesi seperti anda nampak dalam gambar di atas, semua berjalan dengan lancar...syukur Alhamdulillah.....Tapi masih ada juga yang tertanya2....Apa benda "My Chef" tu Che Mat?....Kalau nak tau....

.....anda boleh klik sini... Secara amnya, produk My Chef ialah satu produk makanan sedia dihidang namun berkhasiat dan paling penting seimbang, anda hanya perlu panaskan dalam ketuhar gelombang mikro mengikut masa yang ditetapkan untuk setiap hidangan. Yang bestnya, produk My Chef menyediakan hidangan "signature dish" dari Chef2 Selebriti seperti Chef Florenca, Chef Zam, Chef Ismail, Chef Liza dan yang akan datang Chef Ezani Masterchef turut serta, mengancam kan?.. Anda boleh singgah ke blog My Chef di sini dan juga Page My Chef  di sini (jangan lupa LIKE).. Dalam kesempatan ini ribuan kasih kasih DTS-MAT GEBU ucapkan pada pihak My Chef, En Fairuz, En Azam dan tak lupa Kak Ida 1001 Resipi.. Untuk semua, terokailah masakan Chef ternama di dapur rumah anda dan nikmatilah dengan rasa penuh kasih sayang.....sampai jumpa.....salam...