GULAI SIPUT SEDUT BERAROMA..

rsz_dsc_9618
Ini satu lagi menu mat masak siang tadi, tapi bukan mat buat sorang2. Proses membersihkan siput, mengerat muncungnya semua bonda yang lakukan, terima kasih, sayanggg mak ketat2...hehe, biasalah aku kan anak emak...erkk, ngeri ke?..Ngeri pun ngeri lah, bukan aku nyusahkan orang lain punggg kalau aku ni anak emak...yea dak. Ok berbalik cerita pasal siput sedut ni, mat beli semalam, sekilo RM 7, kira ok lah sebab siput pun nampak segar dan siput ni pulak bukan dia dah bungkus awal2, tapi dilambakkan dalam takong, bila nak, dia ambil kasi timbang. Lepas tu murah hati pulak, dah siap2 timbang sekilo, dicekutya dalam segenggam macam tu, masukkan dalam plastik siput...waa, kamsiah lahh moga rezeki luu lagi murahh lepas ni. Bila ada siput kena pulak cari batang keladi. Bila semua bahan2 mentah dah cukup, baru lah boleh memasak tanpa gangguan. Kali ni mat letak serai, daun kunyit dan bunga kantan. Bukan apa, saja nak melicinkan stok yang ada...baru boleh topup yang baru..kannnnn....Ok resipi biasa2 seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 paket batang keladi yang telah siap disiang (boleh beli dipasar tani)
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
1 kuntum bunga kantan, belah dua
1 keping asam gelugor
1.2 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
7 - 8 biji cili padi (optional)
2 biji buah keras
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput sedut dicuci bersih, kemudian kerat hujungnya. Kerat pada ruas ke-3 dari atas, nak senang guna player atau ragum. Cuci sekali lagi dan toskan. Batang keladi dicelur dalam air mendidih yang dicampur dengan asam gelugor dan sedikit garam. Tos dan ketepikan.
  2. Masukkan siput tadi ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus dan serai titik, gaul rata dan masak atas api hingga mendidih. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Kacau dan biar mendidih sekejap. Masukkan batang keladi, daun kunyit dan bunga kantan. Kacau.
  3. Tuang pati santan, kacau perlahan, biar mendidih dengan api sederhana dan kacau sekali sekala. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.....
CATATAN MAT GEBU :- Kebiasaannya kami akan men"suci"kan dulu siput sedut tadi. Tabur hampas kelapa pada siput sedut sehari sebelum anda memasaknya, proses ini akan membersihkan isi dalaman siput tadi. Kemudian cuci bersih dan boleh lakukan proses seterusnya. Tapi pastikan tutup permukaan bekas berisi siput dengan tapis dan hempapkan benda berat atasnya, kalau tak, siput anda  semua akan lari!!....Selamat mencuba...


Post a Comment

15 Comments

  1. teringat mak. mak suka masak siput sedut. tskk.. T_T pok cik mat ni..

    ReplyDelete
  2. aduhhh che mat... sedapnya gulai siput... kat sini kalau x tempah kemain payah nk dapat... ni mau bertambah nasik x hengat

    ReplyDelete
  3. nyumnyum,,,sukanya siput sedut,,,tp tk penah msk sendri lg,,takut cuci tk betul,,hehe,,p/s blog ni berubah wajah ek ke kompt sy lmbt loading,,,hehe

    ReplyDelete
  4. Çok güzel görünüyor. Ellerinize sağlık.

    Saygılar.

    ReplyDelete
  5. @ yuyu - erkk.. pcm tak bersalah...

    @ cheq sue - kann, cuma tu lah, bising masa makan...riuh rendah.

    @ missina - Memang kena cuci betul2, terutama bila lepas kita siang dia, takut ada serpihan kulit2 siput dalam gulai...erkk, blog takde ubah apa2 pun, biasa jee..

    @ fuad gencal - thank you for dropping by...

    @ johormasterglobal - terima kasih tuan....

    ReplyDelete
  6. assalam CMG,,suka sgt singgah blog ni,,jadi rujukan sy d kala kehabisan idea masakan,,dlu kat kg pendalaman d sabah ni arwah atok selalu masak siput sedut ni,,he,,nak tanya sket la CMG,,bole x bg tips buat roti menjadi??slalu buat xpandai nak kembang2,,huhu,,help me plzz..Follow me,,,tq

    ReplyDelete
  7. sama la menu kita hari ni...tp bukan saya yg masak...en hubby a.k.a chef fairuz yg masak :)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. sedap nyer sungguh menyelerakan..

    ReplyDelete
  10. Favorite suami dan anak sulung saya. Wajib menuntut dgn cik mat. Huhu. Mekasih resepi kali ini. Memang terbaek.. :)

    ReplyDelete
  11. Sodapnye saya suka sangat.. cmg terbaikkk

    ReplyDelete
  12. Nak tanya CMG, tak basi ke biarkan siput tu dlm hampas kelapa semalaman? Almaklumlah sekarang ni cuaca panas bebenor.

    ReplyDelete
  13. Nak tanya CMG, tak basi ke biarkan siput tu dlm hampas kelapa semalaman? Almaklumlah sekarang ni cuaca panas bebenor.

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.