Assalammualaikum, salam untuk semua. Cuaca hari ini mendung, seawal pagi hujan sudah membasahi tanah Sedenak yang penuh misteri ini. Projek hari ni mat masak "kima"....erkk apa kebenda pulak kima tu, macam nama kerang laut jee...Bukan kima ialah sejenis masakan timur tengah yang telah sebati dengan masyarakat Johor terutama mereka2 yang berketurunan arab. Kima ialah sejenis masakan seakan2 kacang phool dan amat2 sesuai sebagai pencicih capati, roti canai, roti paun dan sebagainya. Menggunakan daging cincang sebagai bahan utama. Ini bergantung pada pilihan anda samada nak guna daging lembu cincang atau daging kambing cincang. Pstt yang kambing pun boleh dikatakan sedap, sebabnya tu hari mat termakan sudah itu kima kambing masa makan capati dikedai mamak kat JB...tapi sebab dapat rasa yang itu kambing, terus cicah sikit2 saja...
Untuk kima daging yang ini mat campur dengan kidney bean atau kacang buah pinggang dan bila makan ada rasa lemak2 kekacang dalam dia. Mat tambah juga sedikit lagi ketumbar serbuk. Tahap kepedasan bergantung pada anda. Boleh tambah lada hitam jika nak rasa lebih hangat. Resipi ini tak menggunakan asam, samada asam gelugor atau pun asam jawa, ini kerana penggunaan tomato puree dan tomato cincang dalam resipi sudah memadai. Satu lagi, kalau anda nak buat roti john, boleh guna kima ni sebagai bahan inti. Bancuh dengan sebiji telur, lepas tu tambah hirisan daun bawang dan dadarkan atas kuali, bila nampak kental sedikit, letak roti atasnya dan tekan2 sedikit...dahh jadi satu lagi resipi derhaka...Resipi kima untuk kali ini seperti berikut...
BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram daging lembu cincang (anda nak guna daging kambing pun ok)
2 biji tomato masak ranum, cincang
1 1/2 camca besar tomato puree
2 camca besar rempah kari daging
3/4 camca besar serbuk ketumbar
1 biji lada merah, potong kasar2
1 biji cili hijau, potong kasar2
1/2 cawan kidney beans, rendam semalaman dan rebus hingga empuk, toskan
3/4 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 cawan air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 camca besar minyak sapi
2 camca besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili hijau
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 camca teh lada hitam biji
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali, tumis kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan tomato puree dan tumis hingga garing, tambah bahan kisar halus + serbuk kari daging + serbuk ketumbar, kacau rata dan masak hingga rempah garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan tomato cincang dan daging kisar, kacau dan masak hingga air daging kering.
- Tambah kidney beans dan tuang air. Kacau dan masak hingga pekat. Tambah cili merah, cili hijau, mix vege dan bawang besar yang dicincang tadi. Gaul rata, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Jika suka lebih hangat, boleh tambah sedikit lagi lada hitam kisar. Hidangkan bersama roti, capati, roti canai atau roti paun...
13 Comments
Ingatkan siput kima tu yang banyak kat sabah... Hehehe
ReplyDeleteAnyway, jom tengok sini...
Hukuman penjara 20 tahun lepas campak anak sampai mati... Wajarkah??
http://azmengs.blogspot.com/2012/09/campak-bayi-penjara-20-tahun-je.html
Yeah! Memang ku cari-cari resepi ini. Tapi ada yang buat mcm berkuah kan? Xpela kt try la nanti. :D tmkasih Cik Mat Gebu...
ReplyDelete@ mommynana - kalau nak berkuah, tambah je air atau tak payah masak sampai pekat sangat..
ReplyDeleteOwh orait. Tq tips nya.
Deletesedapnya...bawak pinggan ni nak mintak sikit...
ReplyDeletemohon resepinya ya CM .Alhamdulillah dapat dah menu nak jamu anak2 balik weekn ni.
ReplyDeletesedapnyaaaa...kalau kidney beans tu ganti dngn kcng panggang dlm tin tu ok tak Mat....verangan gak nak buat ni....yg lain bhn2 semua ada....
ReplyDeletesedap Che Mat. Pernah makan arwah Tan Sri Samad masakkan masa Kjee ke rumah beliau setahun seblum beliau meninggal. mintak resipi, kena marah hehehe
ReplyDeletemmg dah lama nak cari resepi mcm ni...makan dgn roti best ni...cm kidney beans tu guna hok dalam tin boleh jugak kan....TQ
ReplyDeletekima ni memang sedap..memang teringin nak buat sendiri dari dulu. selalu makan kima ni kat restoran pakistan kat chow kit. memang sedap makan dengan capati / roti
ReplyDeleteNampak cam sedap la cik Mat.. boleh cuba ni..
ReplyDeletenak cuba nih....
ReplyDeletesedapnyeee lahai...
ReplyDelete