BERTEMU KEMBALI.....MENU HARI INI IALAH....

rsz_dsc_7994
Assalammualaikum, salam semua, 4 hari blog tak berupdate, bukan apa, masa mat agak terhad sangat, tau2 dah malam, tetamu pulak masih bertandang dan tadi sepupu mat baru saja pulang (hmmm, sepupu tapi anak dia panggil guaaa "atok"...), apa2 pun syukur alhamdulillah atas limpah kurnia dan rezeki pemberian Allah swt. Mat rasa tahun ni raya antara tersibuk, semalam Jumaat satu tugasan yang penting telah selesai. Yang tu nanti mat tulis entri. Untuk hari ni kita lihat menu yang mat masak atas permintaan Bak. Mat masak menu kegemaran beliau lemak pucuk ubi dengan kupang, tapi kali ini mat campur dengan pucuk ulam bebuas. Dari segi rasa ada sedikit kelainan tapi harum. Pucuk bebuas agak terkenal di Johor, terutama dalam membuat botok2, kira antara bahan2 ulaman penting, erkk..macam nak makan botok2 pulak lah. Cara memasak sama macam dulu2 juga, mungkin da sedikit olahan dari segi bahan2 untuk rencah....Dan yang ni mat rasa menarik, anda suka gadget2 masakan yang osemm tapi payah nak dapat, boleh singgah di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
1/2 cekak pucuk bebuas
1 cawan isi kupang (atau lebih, ikut budget anda)
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah
10 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan
1/2 inci belacan
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkai, celur hingga lembut, tos perah dan potong kecik, celur sekejap pucuk bebuas, tos, perah dan hiris. Masukkan ke dalam periuk bersama serai titik, bahan kisar halus, asam gelugor dan isi kupang. Gaul rata dan masak sekejap.
  2. Tuang santan cair, jika kurang tambah sedikit air. Masak hingga mendidih. Masuk pati santan, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin....

Post a Comment

5 Comments

  1. Aslmkm Mat. Selamt Hari Raya Maaf Zahir Batin, harap belum terlewat. Along ada tanam daun bebuas tu Mat tapi lum cuba campur gulai pucuk ubi. Next time boleh try sbb Along suka bau pucuk bebuas tu.
    p/s Dah few times nak add Mat kat FB tapi rejected sbb msg kata Mat punya FB dah full membership... ya ke Mat.

    ReplyDelete
  2. @ homekreation - salam along. huhu, minta maaf yea, memang dah penuh FB tu...hmmmkalau ada ruang nanti cm add along...

    ReplyDelete
  3. Salam,
    tak pernah dengar daun bebuas...ada nama lain ke selain bebuas..

    ReplyDelete
  4. yessss.
    bebuas byk kat luar umah. tiap kali tebang. pucuk baru naikkkkk

    ReplyDelete
  5. Daun bebuas, tak pernah rasa.
    Tentu sedap ni kalau Cik Mat dah masak nih ;)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.