Serawa durian pulak..grrrr...manis, takut nak makan. Durian pemberian saudara kami tempoh hari (terima kasih Kak Miah dan Abg Rahman, Kayu Ara Pasong, Pontian) dah bertukar jadi serawa durian. Biasalah big boss suka makan benda2 macam ni. Buat dia pun bukan lah susah mana. Bahan2 kalau ada, setakat nak buat tu takde masalah. Pulut mat kukus dalam 1 kg, sebab anak2 buah ada. Kuah serawa selain makan dengan pulut, sesuai juga dicicah roti, lempeng atau roti jala. Mat guna gula Melaka yang dimasak dulu dengan gula pasir kemudian ditapis, ini kerana gula Melaka ada tu mengandungi bahan2 asing semasa proses memasak. Jadi bila kita lakukan proses memasak dan menapis, insya Allah lebih elok. Ok kita lihat resipi (maaf tak de plak derian dalam serawa tu sebab tinggal biji saja, isi semua dah sebati dalam kuah)...dan mat salin resipi yang lepas2 saja, sebab teknik membuatnya tetap sama. Oh yeaa satu lagi sebelum terlupa, tahap kemanisan bergantung pada selera anda, jika suka manis, tambah gula, dan jika tidak kurangkan. Apa2 pun biarlah sederhana....
BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
700 ml santan kelapa segar
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum
3 camca besar air
Secubit garam
Gula, jika perlu
BAHAN PULUT :-)
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK PULUT :- Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan.
- UNTUK KUAH SERAWA :- Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
- UNTUK SERAWA PULUT DURIAN :- Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah serawa dan hidangkan. Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi...Selamat mencuba!..
6 Comments
alamak mattt.. ko dah buat aku ngences! esok nak carik durian laaa......
ReplyDelete@ hana - wajibbbb buat....hoo ngeces...takkan lekat lagi!!!...hahaha
ReplyDeletemsim derian ke ape ni
ReplyDelete:)
ReplyDeletePCM, suka sgt2
ReplyDeletemasakan tradisional terbaek :D
ReplyDelete