SINGGANG IKAN REBUS..."BEN ASHAARI" DI NONA!!...

rsz_dsc_2062
Salam siang, Ahad kan hari ni, mat dah siap masak. Masak yang mudah2 saja, tapi pagi tadi mat dah siap masak serawa durian, itu pun atas permintaan. Lauk semalam masih ada, jadi bonda kata tak yah masak, dan kalau nak masak, masak apa yang mat nak makan. Jadi mat gebu suka makan yang mudah2, singgang ikan rebus paling senang, cepat dan sedap, bagi dia masam2 sikit. Mat tambah juga bunga kantan, serai, lengkuas dan halia. Mat guna ikan kembong, kalau nak guna ikan tongkol, selayang atau ikan parang juga ok. Dan..haa, yang ni bagi blogger2 wajib menonton. Jiran mat Ben Ashaari akan muncul dalam rancangan NONA di TV3, jam 2 petang ini, yang paling penting Baby Qhaliff juga ada, pak dia aku tak berapa nak kesah sangat dah, ni nak tengok budak kecik omey tu pulak...Jadi jangan lupa, isu bess ni kalau tak silap mat "House Hubby" sempena hari bapa. Kita nanti kan ok... Jomm kita lihat resipi mudah lagi sehat, yelah dok masak lemak siaaa, ni kali makan yang rebus pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong segar (atau ikan pilihan anda)
2 batang serai, dititik
2 - 3 keping asam gelugor
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, dititik
1 kiub ikan bilis (optional)
1/2 inci halia, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1/2 inci kunyit hidup, hiris dan titik
Air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan. Dalam periuk, masukkan bawang besar, serai, lengkuas, halia, bawang putih, kunyit, kiub ikan bilis (jika guna) dan air secukupnya (anggaran 3 cawan atau secukupnya). Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan ikan dan asam gelugor, masak dengan api sederhana hingga mendidih. Tambah cili merah, cili hijau dan garam secukup rasa. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain..

Post a Comment

5 Comments

  1. salam mat. bundo suka masak cam ni. Makan gitu je sambil hirup kuah. Tak payah nasi pun tak apa. Buat siakap lagi sedap mat..

    ReplyDelete
  2. Favourite mak saya ni.. Tapi ye kata masak ayaq.. tengok bahan sama macam bahan mat gebu guna..~

    ReplyDelete
  3. dah kuar intro skit tadi... tak sabar nak tgk bang ben ;))

    psstt..singgang peberet cikwan jugak tu..kalau ada budu... memang perghh! mau tak tambah nasik 2 3x!

    ReplyDelete
  4. sok nak masak ni la jugak...suka dgn masak yg rebus2 cam gini..

    ReplyDelete
  5. memang best isu 'ben ashaari sbg hubby house' ditambah pulak dgn singgang pakcik CMG ni... pengsan la saya pakcik CMG.... klu mkn ni tiap2 hari jawabnya tak muat pintu la...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.