LEMAK CILI PADI TELUR ITIK & BELIMBING BULUH.

rsz_dsc_2109
Assalammualaikum, salam semua. Baru dapat bersiaran. Hari ni mat sibuk sikit. Sapa kata dok rumah tak sibuk, banyak ok keje, tak habis2...tau2 kita yang habis dulu. Hari ni bonda berpuasa dan mat masakkan lemak cili padi telur itik dengan belimbing buluh. Takut kan rumah si mat kerap sangat masak lemak. Dah orang nak, mat buat je lah. Mat hari ni makan lauk singgang ikan semalam yang masih ada baki seekor lagi. Tapi masak lemak ni mat makan juga, isi dia, dengan belimbing buluh. Sebelum tu mat ucap terima kasih pada blogger Azian Iskandar, dia singgah rumah mat semalam, dan bagi 10 biji telur itik, besar2 ok saiz telur itik tu, tadi timbang kurang lebih 75 gram sebiji dengan kulit. Kuning dia pun lawa, kemerahan sikit. Kebiasaannya, kalau masak lemak cili padi telur itik, belimbing buluh adalah bahan pendamping yang paling sesuai. Serai dan daun kunyit benda wajib, mat sarankan guna cili padi kampung, kalau dapat yang baru dipetik. Ok, dah sedia semua...jomm kita memasak pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur itik
3 batang serai, dititik
3 helai daun kunyit, 2 disiat, 1 lagi hiris halus
10 - 12 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus setiap satu
2 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang puith
3/4 inci kunyit hidup
1 genggam cili padi kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk, tambah serai, asam gelugor dan santan cair. Kacau rata dan biar mendidih. Perlahankan api. Pecahkan telur itik dalam mangkuk, berhati2 agar kuning dia tak terjejas. Perlahan2 masukkan ke dalam kuah. Lakukan kaedah sama untuk baki telur. Pastikan telur tadi tidak bertindih antara satu sama lain. 
  2. Masak hingga telur mengeras (seperti gambar di atas). Berhati2 terbalikkan (mat guna sudu) dan masak dengan api kecil. Tambah santan pekat dan daun kunyit yang disiat tadi. Bila mendidih, masukkan belimbing. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula.
  3. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan halus daun kunyit sebelum dihidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk yang lain....Selamat mencuba!!.

Post a Comment

17 Comments

  1. assalamualaikum cik mat...wah!!! sedapnya cantik color kuning telur itik tu mengoda sape yg melihatnya..:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... hmmm...sedapnya makan nasik panas2 dgn masak lemak cili padi telur itik... gambar tu buat saya lapar

    ReplyDelete
  3. baru semalam saya buat :) kebetulan pulak !

    ReplyDelete
  4. lauk yg sy teringin nak makan tapi tak dapat2... :(

    ReplyDelete
  5. oh tidak...seriuss..lepasni kalau nak terjah johor, nak singgah rumah mat gebu..biarla tak berjemput pun...hahahha.....serius meleleh melihat masakan mat gebu

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum Mat...aduhai sedapnya dapat makan masak lomak cili padi telur itik ni..dah lama tak buat

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum CM..nak sikit.wahh yan dah jd tokey telur itik sekarang ni ye..makan ngan nasi panas, ada lak ulam 2 kampung, mmg ngam!

    ReplyDelete
  8. cek mat memang pandai menggoda...mana nak cari telur itik hujan2 gini nih

    ReplyDelete
  9. mat!!!! ngences dibuatnya! x tahan tengok gulai tu. telo itik singgit sebijik tau, dapat free lagik!

    ReplyDelete
  10. walahhhhhhhhhh

    peberat ayu nie....

    aduh.. telan air liur jerlah

    yannnnnnnn..
    agak2 10 biji y dikau beri pada cmg, ada lebih lagi tak stoknya? hehehehehh

    ReplyDelete
  11. Sedap sungguh menu,,

    p/s : Cik Mat, saya terjumpa blog ni yang gunakan gambar dan entri dari blog Cik Mat.
    http://senangnye.blogspot.com/2011/01/cara-masak-rendang-pedas-rembau.html

    ReplyDelete
  12. As salam Che Mat. Baru 2 minggu lepas saya memasak lemak telur itik dg belimbing buluh. Telur itik ni mmg my feveret. Jemputlah singgah di blog Azie Kitchen juga ya.

    ReplyDelete
  13. Susahnya nak dapat telur itik segar... yang ada telur itik masin aje.

    ReplyDelete
  14. meleleh air liq ni..mana nak dapat telur itik kat jb ni ye..any suggestion abg mat?

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.