ROTI JALA KUAH DURIAN..

rsz_dsc_2156
Salam semua, takde apa entri yang bess malam ni, cuma tadi mat nampak ada lebihan kuah serawa durian dalam peti sejuk. Kalau cicah roti jala pun molek juga kan. Lepas mat sembang2 dengan Kak Ummi Kuantan, cepat mat bancuh adunan roti jala, yang senang saja. Dan buat pun cepat sebab guna botol muncung 3, kalau dulu guna yang tradisi punya, bentul corong bermuncung 5 dan bertangkai dan agak leceh, sebab menitis2. Botol muncung 3 tu pun pemberian Kak Ummi, terima kasih kak. Sebenarnya adunan roti jala ni ada pelbagai. Jika anda ada satu2 resipi yang anda rasa senang dan cukup selesa membuatnya, boleh simpan untuk rujukan...

rsz_dsc_2197
Untuk resipi kali ni, mat tambah 1/2 camca teh baking powder dan hasilnya lebih lembut. Mat guna non-stick pan bersaiz 9 inci. Selain kuah durian tu, boleh juga nak cicah kuah kari, sambal tumis atau dimakan bersama sos cili. Tapi roti jala memang sinonim dengan kari. Dan pada mat paling mudah kita buat kari sardine. Satu lagi kan roti jala ni satu hidangan versatile dan kira makanan tradisi orang2 Malaysia. Sesuai sebarang majlis samada rasmi atau pun santai, semua sesuai...Ok kita lihat resipi, sama yang lepas2 saja cuma ada tambah satu bahan saja...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar
2-3 titik pewarna kuning makanan
3 camca besar mentega cair
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pencicah pilihan anda (kuah kari, sambal tumis, sos cili, kuah durian atau jem)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali garam dan bahan pencicah, kacau hingga semua larut dan sebati, tambah garam secukup rasa, kacau lagi dan tapis. Atau lebih mudah anda masukkan dalam alat pengisar makanan (blender) dan kisar hingga semua rata. Rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan bersaiz 9 inci atau ikut pilihan anda. Lenser dengan sedikit minyak, mat sapu dengan kitchen paper towel yang dicelop dalam sedikit minyak masak. Kemudian isi adunan tadi (kacau dulu) ke dalam acuan roti jala dan kirai hingga ia bersilang antara satu sama lain.
  3. Bila nampak permukaannya pucat, boleh angkat. Terpulang pada anda samada nak lipat atau gulung seperti kuih ketayap. Buat kaedah sama dengan baki adunan. Hidangkan bersama pencicah yang anda gemari...

Post a Comment

19 Comments

  1. cantik dan sweet aja jala tu.ada request ni, ntah cek mat nak layan ke tak...cara2 nak buat kuih Jawa atau kuih topi. bole ya cek mat.terima kasih....opps..ke dah ada disini ?

    ReplyDelete
  2. Feveret ayah saya... roti jala kuah durian...

    ReplyDelete
  3. cantik

    tunjuk tturial menjala hehe

    ReplyDelete
  4. cmne roti jala tu jd cntik sgt!nk jgk..huhu

    ReplyDelete
  5. Cantik ja roti jala tuh. Sedappp3 !

    ReplyDelete
  6. ummmm sedapnyeer, sekarang pun dah berlambak-lambak dah durian di jual ditepi2 jalan nih.. Bole laa guna resepi mat ni..kecur dah air liur ni...tq.

    ReplyDelete
  7. Cantek roti jala CM...makan dgn kuah derian, saya x pandai lah cm...pernah cuba makan tapi mcm x minat sangat...lebih kepada pulut...dan roti jala tu dgn kari...

    Tapi kwn² kata sedap...tekak saya kot yang memilih...heehe...

    ReplyDelete
  8. Mat, kalau bancuh susu dlm botol bermuncung 3 tu kasi Qhaliff ok x? Mesti laju jek dia teguk...hehe, nnt nak hadiahkan kat mama Qhaliff, kalau x pandai menjala jgk, suh bancuh susu dlm tu...hehe (*ampuuunn ya Azila...gurau2)

    ReplyDelete
  9. haaa... ada 2 biji durian tak abis makan... nak buat lah...

    ReplyDelete
  10. waaa...halusnya roti jala... hangkut balik umah resepi ni yer bang mat... tq

    ReplyDelete
  11. cun abessss roti jala Che Mat...sayang nak makan tawwww....

    ReplyDelete
  12. macam mana nak buat roti ni jadi jala? kena guna pencetak ker?

    ReplyDelete
  13. salam cikmat

    camna yea cikmat guna botol ni dan hasilnya sangat cantik? saya cuba tapi sgt tak puashati dengan hasilnya

    ReplyDelete
  14. Resepi ni blh dpt brp gulungan jala yer??

    ReplyDelete
  15. Resepi ni blh dpt brp gulungan jala yer??

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.