Assalammualaikum, kejap yea...nak tarik nafas dulu........legaa. Baru dapat nak update blog dengan selesa. Mana mat pergi?. Tak pi mana2 pun, cuma...ada lah...Ok hari ni kita test kaswi durian. Iyea kueh kaswi durian, menarikkan?. Mat teruja sangat nak cuba resipi ni. Asal2nya mat nampak Kak Yatie Memories buat, bukan nak puji, Kak Yatie tu boleh dikategorikan sebagai Queen Of Kuih Talam, serius u, dah lah rajin, hasil kuih2 talam dia, menawan. Kira menjadi lah. Kebetulan semalam sedara mat bagi durian, jadi mat ambil sedikit isinya dan simpan untuk buat kuih kaswi ni. Buat dia mudah dan tidak cerewet. Yang penting ikut resipi betul2, insya Allah menjadi...(erkk, tapi mat derhaka sikit...)
Kalau ikut resipi asal di blog Kak Yatie di sini, adunan dia agak banyak dan kat rumah mat penduduk tak ramai dan mat sendiri pun tak boleh makan benda2 manis macam ni sangat. Jadi mat buat 1/2 dari resipi asal dan resipi yang akan mat tulis nanti, ialah resipi yang telah mat bahagi dua. Satu lagi kebetulan kapur makan habis pulak, tapi mat ganti dengan air abu, cuma penggunaan dia sikit sahaja dalam 3/4 camca teh. Air abu ni tak boleh guna banyak, nanti rasa pahit dan bau dia jadi kurang enak. Walaubagaimana pun anda boleh guna air kapur seperti resipi asal. Untuk kaler tu mat tambah sedikit pewarna coklat. Ok kita lihat resipi pulak..Jomm..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan gula merah (atau gula melaka)*
1/4 cawan gula pasir*
3/4 cawan air*
2 helai daun pandan, disimpul*(*satukan dan masak hingga larut, tapis dan sejukkan)
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan isi durian
Sedikit garam
1 1/2 camca besar air kapur (mat guna 3/4 camca teh air abu)
1 1/2 cawan air
Sedikit pewarna coklat
Kelapa parut putih secukupnya + sedikit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan kukusan. Alas loyang 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan plastik bersih, lenser dengan sedikit minyak makan. Ketepikan.
- Dalam satu bekas, masukkan tepung gandun, tepung ubi, tepung beras air kapur, air dan air gula merah tadi. Kacau rata dan tapis. Masukkan isi durian dan kacau lagi (mat kisar dalam blender hingga halus dan sebati). Tambah sedikit pewarna coklat, kacau rata.
- Letak dalam bekas tahan panas dan masak adunan tadi atas air mendidih sambil dikacau hingga nampak pekat. Kemudian tuang dalam loyang dan kukus selama 45 - 50 minit atau hingga masak. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong dengan pisau plastik, hidangkan dengan kelapa parut bergaram. Selamat mencuba...
CATATAN MAT GEBU :- Kata Kak Yatie, masa mengukus akan ada sedikit air atas permukaan kueh, jadi anda sengetkan loyang tadi atau letak kitchen paper towel bersih atasnya dan angkat perlahan bila kueh masak. Lepas tu, kukus dengan penutup kukus terbuka selama 3 minit untuk kuih lebih tahan lama. Kalau guna acuan kueh lompang masa yang diambil 15 minit. Kukus kelapa tadi sekejap untuk tahan lebih lama...
12 Comments
Alaaa... ada durian ke? Mama pantang.... Pantang jumpa.. kih kih kih!
ReplyDelete@ mamafami - i oso pantang, tapi lepas gak 3-4 ketul, huhu....
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletenampak sedap sangat tu mat...menceceh ayor lior kkida...hehe...sekarang ni musim durian...boleh lah cuba buat nanti...
@ kkida - tu lah kak, saya pun tak boleh tahan godaan...terbuat dah...sedapp...
ReplyDeleteuwaaaaaa sungguh jahat ini olang.. ari2 bikin tekak gua ngencesss! suda campur ka? hahahaha.....
ReplyDeletebestnya...harus cuba ni...mmg dh lama x buat kaswi...esok nak cari bahan...godaaan....
ReplyDeletesalam cm,dh musim duyan ke sana...nak buat jugak lah nnti..mesti sedap kan,satu kelainan dr kaswi yg biasa..:-)
ReplyDeleteaiyoo..sedapnya kalau lepas kerja penat-penat makan kuih ni sambil ngeteh :)
ReplyDeleteTak pernah try lah kasui durian ni.
ReplyDeleteMesti sedap kan.
Satu inovasi yang menarik :)
adoyaiiiiiiii....tak tahan tngk kuih kaswi durian yg ayu jelita ni Che Mat..mmng cantik dan kemas je potongan kuih ni...jeles akak tawwww...btw tq sudi mencuba...kebetulan arini akak wat serawa durian resepi Mat...mmng mabeleslahhhh...
ReplyDeletesedapya
ReplyDeletewahh ada kaswi durian.pergh pergh pergh
ReplyDelete