AIS KRIM PULUT HITAM...

rsz_dsc_3823
Petang semua, panas2 ni makan ais krim sedap gak kan....erkk, mat tak boleh dah makan2 aiskrim ni semua, selain manis, kang kolestrol ai naik balik ok...takmo lahh, tapi rasa juga lah sikit. Yang ini buat dia mudah. Ingat tak bubur pulut hitam yang mat buat tempoh hari. Lepas tu, mat putar lebih kurang 1 cawan non-dairy whipping cream hingga kental. Non-dairy whipping cream ni kalau anda putar, dia akan kembang dan boleh dilepa atau disapu atas kek, berbeza dengan whipping cream, jika anda terlebih putar ia akan bertukar menjadi cecair kembali. Selain pulut hitam, anda boleh juga guna lebihan bubur kacang merah, atau bubur kacang hijau, nak lagi sedap bubur yang anda letak durian...perghh...meleleh beb, kena pulak cuaca panas. Ni kalau tengok masa bulan puasa, memang boleh pengsannn. Ok jom kita lihat cara nak buat dia....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan bubur pulut hitam yang dimasak hingga pekat (resipi di sini)
1 cawan non-dairy whipping cream, biar sejuk
Sedikit bubut pulut hitam untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar non-dairy whipping cream dengan kelajuan laju hingga kembang dan kental. Kemudian masukkan bubur pulut hitam tadi dan gaul rata dengan spatula hingga rata dan sebati.
  2. Tuang dalam bekas, ratakan. Tutup bekas tadi dan simpan dalam freezer semalaman. Bila beku, anda boleh cedok menggunakan scoop ais krim dan hias dengan sedikit bubur pulut hitam atasnya. Hidangkan segera......nak cerita pun malas......

Post a Comment

17 Comments

  1. meleleh air liur. bubur pulut hitam faveret sy :-))Kalau jadikan ais krim mesti lagiiiiiiiii best.

    ReplyDelete
  2. cikmat! semalam pun saya buat aiskrim mcm ni, tapi bukan guna pulut hitam, saya guna kacang merah dan whipping cream. masuk esbok mmg walla rasa dia! :D

    ReplyDelete
  3. Cik Mat~ begetar anak tekak nengok gamba nie....huhuhu....

    ReplyDelete
  4. Wahhh first time tengok aiskrim pulut hitam. Love buat bubur pulut hitam jek..hehe :)

    Sungguh nyaman tengok aiskrim tu...Yummm!

    ReplyDelete
  5. tengah-tengah puasa ni..x menahan tengok ais cream gini punya gaya..:)

    ReplyDelete
  6. tak sangka lebihan bubur boleh jadi ekrem yg sedap macmni..hebat la CMG

    ReplyDelete
  7. Tak pernah tau semudah tu buat ice cream...

    ReplyDelete
  8. humang ai.. hebatnya en mat.
    bubur pulut hitam mmg kegemaran saya. mesti cuba ni. tq

    ReplyDelete
  9. assalam cik mat,

    wahhhh terliur sungguh tgk aiskrim ni...

    ReplyDelete
  10. saya buat aiskrim biasa je.. yang letak dlm plastik aiskrim..kalau bubur kacang ke ape ke tak habis selalu je buat aiskrim...biasanya tak sempat mengeras...adik2 slow2 buka peti ais..hihi..kenangan...

    ReplyDelete
  11. dah try.. hasilnya sangat memuaskan... tq ya cmg...

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.