MASAK LEMAK UDANG DENGAN NENAS.

rsz_dsc_3867
Malas2 pun kena juga lah masak, nasib baik resipi mudah. Hajat asal nak masak dengan belimbing buluh, tapi kat pokok, belimbing semua masih kecik2, lepas nak masak dengan nenas, lupa pulak beli. Skodeng2 juga kat pokok depan rumah, ternampak sebiji nenas Sarawak kemetot je, boleh lah dari takde. Udang hanya ada lima ekor tapi saiz agak besar. Ini udang segar dari laut. Ada beza juga udang yang hidup bebas di lautan yang makan makanan semulajadi (plankton) berbanding udang yang kolam yang dibela dan diberi makanan buatan. Yang paling ketara, isi dia. Udang lautan lebih kenyal dan kalau didingin bekukan untuk beberapa hari, isinya masih kekal anjal. Kalau udang bela, simpan lama sikit, isinya masih elok tapi kurang kenyal dan rapuh, terutama jika kita masak tanpa membuang kulitnya dahulu. Tapi ada juga petua yang mat tau, kalau nak simpan udang, kita tabur sedikit gula. Jomm kita lihat resipi mudah ini, walaupun nampak sama, serius setiap kali mat masak, ia takkan sama. Ok, entri pilihan DTS kali ini di sini... Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 - 6 ekor udang bersaiz besar (samada udang galah atau udang kaki merah)
1 biji nenas Sarawak saiz kecil
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
800 ml santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah
20 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
2 biji buah keras
2 keping hirisan nenas
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dikerat muncungnya, buang kotoran di hujung kepala udang, kerat sedikit kaki2nya. Cuci bersih dan toskan. Nenas dikupas, kemudian hiris kasar2, ketepikan.
  2. Masukkan udang, serai titik, asam gelugor dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga udang berubah warna. Masukkan santan cair, kacau dan biar mendidih. Tambah nenas dan masak sekejap.
  3. Tuang pati santan dan masukkan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

Post a Comment

8 Comments

  1. oh baru tau petua letak gula tu. thanks cikmat! kat sini udang mmg fresh, tp byk jugak udang beku yg dijual. tak pandai nak menilai rasanya. hehe..

    ReplyDelete
  2. adeh!telan air liur byk kali dah ni..hehe

    ReplyDelete
  3. Dapat idea nak masak ap untuk lunch :D

    ReplyDelete
  4. Thanx for petua nk simpan udang.....nk try msk udang msk lemak ari ni..muahahahaha

    #dapatkan produk shaklee sekarang.20% discount..
    #free cod sekitar Putrajaya & kawasan2 berdekatan.
    whatsapp ; 0193121609

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.