MI HOON SUP....TERIMA KASIH SUNAH DAN RAKAN2.

rsz_dsc_6115

Salam petang Selasa. Lewat mat bersiaran hari ini. Hari ni ramai yang bercuti sempena hari Buruh atau hari pekerja. Pagi tadi masa mat mula nak masak, tiba2 ada panggilan dari Blogger Sunah, dia dan rakan bercadang nak singgah ke pondok mat gebu di Sedenak, memandangkan mat pun takde apa perancangan jadi ok lah. Mat masak serba ringkas je, cuma buat mi hoon sup, lepas tu talam keladi (resipi di sini), goreng karipap dan buah mangga sebagai pemanis mulut. Itu saja yang mat sempat buat. Nak juga buat kek, tapi kan, tadi bila check, telur betul2 tinggal 2 biji, satu bonda dah ambik untuk adunan tepung pisang goreng dan sebiji lagi mat guna untuk buat talam keladi. Maka batallah niat nak buat kek. Untuk mi hoon sup ini, ia hanya resipi biasa, mat guna ayam pencen dan mat tambah 2 batang serai yang dititik ke dalam sup ini. Yang lain2 sama macam biasa yang mat buat. Pada Sunah dan rakan2 beliau yang 3 dara tu, CM ucapkan berbanyak terima kasih. Sebelum tu bagi yang belum vote hari ni dan jika sudi nak vote boleh lakukannya di sini....terima kasih sekali lagi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam pencen, potong ikut suka, cuci bersih toskan
3 biji kentang, kupas belah 8 setiap satu, rendam
1 pokok daun sup, potong kasar
1 camca besar penuh bawang goreng
1 kiub pati ayam (optional)
2 batang serai, dititik
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
2 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1 camca besar lada hitam

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi hoon secukupnya, rendam hingga lembut, celur sekejap dan toskan
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Sambal kicap
Taugeh, dibuang ekor dan celur sekejap (tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar halus dan masak hingga wangi, masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut sedikit. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
  2. Tambah daun sup yang dikerat kasar2, kiub ayam (jika guna) dan juga bawang goreng. Sederhanakan api dan masak hingga ayam lembut, jika kurang kuah, tambah sedikit lagi air. Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk, tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. Masukkan mi hoon secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah secukupnya bersama isi2nya sekali. Tabur taugeh, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan juga sambal kicap sebelum dihidangkan. Makan selagi hangat... Selamat mencuba!!..

Post a Comment

5 Comments

  1. terima kasih pcm atas layanan yang tak kurang dari biasa...ekeke...moga mak yah cepat sembuh kaki dia kayy~ hehehe

    ReplyDelete
  2. Huhuhu tak heran dgn mee sup tu, tp klu depan mata makan jugaaa ;p
    Tapiiiiiiiii aku manyak heran sama itu itamnya kopi0, perghhh sekali dpt seteko, aduuuh nikmatnyaa susah nak kataaaa.

    Ooo sopan ek pisang goreng hrni? hahahaha ;p

    ReplyDelete
  3. wah, sunah ziarah Mat Gebu ye.huhu

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.