rsz_dsc_5976

Lama dah mat tak meroti, last buat bila ntah, tak berapa nak ingat. Jadi hari ni buat lah roti, tapi bukan lah yang lawa2, cuma roti cikai je, bun kosong lepas tu tabur bijan atas dia. Satu lagi sebab mat buat ni ialah ternampak....ter ok, bukan sengaja nak menengok. MamaFami buat roti yang gebu kan main di blog dia kat sini.. Tak madan tau akak tu, sibuk2 sempat lagi meroti. Apa2 pun terima kasih lah Mama, sebab memberi ku idea walaupun ku berada dalam tahap kemalasan melampau hari ni...huhu. Kalau ikut resipi dari blog Mama di sini, roti ni ada inti kelapa, tapi mat buat bun biasa saja. Cicah dengan sambal tumis atau air kopi. Memasak ni kan ada masa amat2 menyeronokkan, ada masa pulak, sungguh membosankan. Tapi kalau tak masak rasa macam kitaran hidup kurang lengkap pulak. Hmmm, susah kan..

rsz_dsc_6063
Untuk resipi ni, mat buat 9 biji bun kosong. Kalau anda nak buat mini burger pun sesuai juga bun ini, atau sandwich pun ok. Satu lagi pasal inti tu, boleh buat apa2 saja inti yang anda suka, inti sardine, ikan bilis, inti daging/ayam atau inti kentang semua ok. Seperti biasa mat gunakan khidmat Bibik Melayu (BM) untuk menguli adunan dan memerap sehingga waktu yang secukupnya. Mat susun dalam loyang 8 inci x 8 inci x 1 inci. Kalau anda nak letak dalam paper cup pun boleh, tapi pastikan ia bersaiz agak besar, sekurang2nya 3 inci lebih. Resipi seperti dibawah, mat buat 1/2 dari resipi dibawah dan sebelum tu bagi yang belum undi kalau ada kerajinan boleh lah berbuat demikian  di sini.... Terima kasih.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram tepung roti
200 gram tepung gandum
2 camca teh instant yeast
2 camca besar mentega/majerin
1 biji telur*
2 camca besar susu tepung*
240 ml air dari peti sejuk*(*disatukan dan kacau rata jadi kurang lebih 300ml)
1/2 camca teh bread softener 
Bijan untuk hiasan
Inti pilihan anda (mat tak letak, cuma buat bun kosong sahaja)
Sedikit telur*
1/4 camca teh esen vanilla*
1 camca besar susu segar*(*disatukan, kacau rata untuk menglis roti)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bancuhan air + susu tepung + telur ke dalam bread maker, tambah bahan2 lain kecuali bijan, bahan untuk menglis dan inti (jika guna). Pilih setting untuk DOH dan tekan ON. Tunggu hingga siap. Keluarkan dan uli sekejap, tabur sedikit tepung pada meja kerja.
  2. Bulat2kan adunan biar pada saiz yang sama (kalau mat buat 1/2 dapat 9 biji, untuk resipi ini dalam 18 biji bun). Susun dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Biar 45 minit atau hingga naik berganda.
  3. Sapu bancuhan untuk menglis, tabur bijan rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan boleh hidangkan bersama air kopi atau dimakan bersama jem, seri kaya atau sambal tumis....