SINGAPORE CHILI CRAB.....MY STYLE

rsz_dsc_0093
Assalammualaikum, selamat tengah hari. Dah makan? Hujung minggu macam ni mesti ada yang bersantai di rumah dan makan bersama keluarga. Hari ini mat masak ketam. Ada dua resipi ketam, tapi untuk yang pertama ni, mat share resipi Singapore Chili Crab, kata orang2 Ang Mo, kalau bahasa melayunya digelor, ketam bercili Singapura. Mat buat tak banyak dalam 3 ekor macam tu, baki ketam mat masak lain, yang tu nanti kita cerita. Ada banyak cara2 memasak chili crab, jadi yang ini kita mat olah dari beberapa resipi yang mat jumpa di internet, majalah dan juga buku2 masakan. Ada orang suka ketam bangkang yang penyepit dia besar, tapi mat lebih suka guna ketam sepit biru atau ketam bunga. Apa jenis ketam anda nak guna terpulang. Satu lagi, chili crab selain sedap dimakan bersama nasi putih, ia juga sesuai dicicah roti...seriuss melelehh beb!!... Ok jom kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 ekor ketam bersaiz sederhana (jenis ketam ikut kesukaan anda)
3/4 cawan air
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
3 camca besar sos tomato
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
2 camca besar kacang tanah tumbuk (disangrai dulu)
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
2 biji cili merah
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
2 biji buah keras
1 batang serai, hiris halus
1/2 inci belacan, dipanggang dahulu

CARA MEMUATNYA :-)
  1. Ketam diasingkan kulit kerasnya, cuci bersih dan ketepikan (kalau nak guna untuk hiasan pun ok, macam mat buat tu, kalau takmo, boleh buang). Kaki2 ketam yang kecil, dikerat, penyepitnya diketuk sedikit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan bahan tumbuk halus dan cili kisar, tumis hingga harum dan cili garing. Tambah sos tiram dan sos tomato. Kacau rata.
  3. Masukkan air, kacau rata dan bila mendidih, masukkan ketam, gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan gula. Akhir sekali tambah kacang tumbuk. Gaul dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi putih atau roti....

Post a Comment

6 Comments

  1. salam cmg..
    dah lama cari resipi ni..huhu..boleh cuba lah..nampak sgt sedap..

    ReplyDelete
  2. salamm...rasanya hari tu dah ada kan masak ni...sbb i dah try masak..resepi i ambik dr blog ni...sedap sangat...thanks ye dah berkongsi pelbagai resepi...:)

    ReplyDelete
  3. @ shima wibowo - yang ni versi lain...ada kacang tumbuk dalam dia.

    ReplyDelete
  4. As salam Mat..

    Ni selang hari ke ko masak ketam ni? adeii meleleh tekak aku, hrni Isnin pasar xde, esok lusa nak cr ketam la..huhuhu

    *hrni nak masak ikan mayong asam pedas lagik dan lagik...

    ReplyDelete
  5. sedapnye CMG ketam tu...cntik betul kaler sambal tu...mgoda habisss...

    ReplyDelete
  6. Arrr...br nk tny...takde telur eu...kiranya ganti kacang la...? Hmmmm...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.