BRUSSELS SPROUT WIF HONEY MUSTARD

rsz_dsc_9964 (1)
Brussels sprout?...Ape benda pulak tu, si mat ni pelik2 belaka benda dia masak. Ha ah kan, tak madan dok kampung cerok... Ehem, biasa lah. dunia sekarang ni dok ceruk mana sekali pun kalau dapat kemudahan internet, jangan temberang lah kata tatau, betul tak?, kalau zaman kolonial dulu boleh lah nak auta. Brussels sprout ni sejenis sayuran dalam keluarga kobis. Dulu masa mula2 jumpa mati2 mat ingat kobis bantut, dan pesal mereka dah petik. Bila baca dalam satu artikel di majalah masak2, baru tau brussels sprout ni memang sejenis kobis cuma cara kejadian dia agak berbeza. Mengikut kata wikipedia, Brussels sprout mengandungi "sulforaphane" satu bahan anti-cancer. Kalau tanya mat, apa rasanya, kalau mentah rasanya ada sedikit kelat, tapi kalau anda masak macam resipi yang mat buat ni, insya Allah sedap, boleh dimakan dengan nasi atau macam tu sahaja..Ok kita lihat resipi mudah ini....Jommm..

(Rupa Brussels Sprout yang belum dipetik pada batangnya...Gambar ehsan Google)

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram Brussels Sprout
2 ulas bawang putih, cicang halus
3/4 camca teh biji sawi (mustard seeds)
1 camca besar madu
1 camca besar mentega
Secubit garam
1 camca teh chili flakes

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kerat sedikit bahagian bawahnya, kemudian asingkan jika ada daun2 yang kelihatan kekuningan. Cuci bersih dan toskan. Buat belahan bersilang pada bawah brussels sprout seperti gambar kanan. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Kukus brussels sprout tadi atas air mendidih selama 15 minit, angkat dan rendam dalam air berisi air batu, tujuan untuk membantutkan proses memasak. Biar berendam sekejap, boleh toskan.
  3. Panaskan kuali atau non-stick pan. Panaskan mentega, tumis bawang putih, biji sawi dan chili flakes hingga harum, masukkan madu dan juga secubit garam. Kacau rata dan bila kelihatan pekat, masukkan brussles sprout tadi, gaul rata dan masak sekejap hingga bahan2 bersalut. Boleh matikan api. Hidangkan segera selagi hangat..

Post a Comment

9 Comments

  1. Laaa... begitu rupanya asal kejadian dia, keluar dari batang, tak pernag terbayang sebelum ini. Tq mat sudi kongsi.

    ReplyDelete
  2. Haiii, dahlah kubis tu bantut, nak masak pun ada proses bantutkan proses memasak ya, hiks! Mesti Cik Mat beli kat Tesco, kannn. Lain kali kita nak beli kalu jumpa, suka sayur yg ala2 baby ni ;-)

    ReplyDelete
  3. Slm cmg,asz pun pernah jumpa dan same juga la mula2 ingtkn kobis bantut..hehe.goreng tiram pun sedap,nnti try ikut resepi cmg pula,;))

    ReplyDelete
  4. salam cmg!!owh namenye sprott yew..slama ni don pangey kailan bantut.huhu..masak campo ngan ikan tenggiri jeruk p0n layaannzzz gak cmg..huhu..dok pon klu msk koteow kungfu,buh sproot ni,sodap gak..pepon timekaseh coz kongsi name sayo sproot ni..take care cmg!

    ReplyDelete
  5. owh sangatla comey rupa dia..nak makan pun tak sampai hati la PCM! kalau comey2 macam tu...rela simpan & tengok je..hihi =)

    ReplyDelete
  6. masa sy mula2 tgk pokok dia kat belakang rumah jiran, sy punyala teruja! maklumla x prnh tgk! hehe!

    ReplyDelete
  7. CMG, nk tny blh?hu2..dulu penah masak benda alah ni. Buat sayur goreng biasa. Tp 2,3 kali try duk rasa pahit je walopon dah betul2 masak..cik mat kukus tu mmg untuk hilangkan rasa pahitnya ke? (tatau pon rupenya keluar dr batang gtu..ingatkan kobis yg belum besar.he2)

    ReplyDelete
  8. tengok sayur ni kat chanel 706 kalau tak silap rancangan Paula masak2 tu rasa teringin nak makan, rupanya kat sini pun ada jual ya boleh la cari.

    ReplyDelete
  9. Saya sgt suka Brussel Sprouts ni walaupon rasanya pahit2 manis. Sayur ni tahan lama kalau disimpan dalam Fridge, kadang2 ketahanan dia sampai dua minggu.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.