Petang semua, mat gebu membaking ni hari, godaan...apa nak buat, aku ni satu je masalahnya, tak tahan godaan. Mat mula2 takde lah nak baking sangat, tapi semalam saja lah merayap ke blog yang tak kurang hebat resipi2nya. Kira Kek Batik Aurora di sini, tu hasil cetusan idea dia lah hingga menjadi buah mulut di kalangan blogger2 masakan. Sampai yang ada dah jadi buah tangan. Sepanjang Jalan Kenangan, itu lah nama blog nya dan puan punya blog lebih dikenali dengan nama Cida. Mat ternampak kek mentega di blog beliau, gebu dan lembap jeee. Teringin pulak nak membuatnya, walaupun mat pantang makan2 kek ni semua, tapi takpe, dapat baking pun jadi lahh....
Resipi ini boleh dikatakan senang dan tak banyak karenah. Mat buat 1/2 dari resipi asal (resipi bawah seperti yang mat buat). Rasa dia sedap, manis pun tahap sederhana (termakan sudah..hehe). Bau dia harum dan makin lama, anda biarkan kek tu, makin lembap dan lunak. Mat guna acuan silicone berbentuk bundt-pan, kalau takde, anda boleh lah guna tin bulat berukuran 7 inci (untuk kuantiti macam mat buat), kalau resipi asal rasanya kena tin besar sikit. Kalau ikut teknik Cida membakar, dia gunakan api bawah sahaja dan 15 minit terakhir, guna api atas dan bawah untuk memerangkan permukaan kek. Sesuai untuk minum petang dan juga jamuan2 kecil. Kalau anda nak buat ala2 marble pun boleh, bagi kepada 2 atau 3 bahagian, letak pewarna yang anda suka atau nak lebih seksi, letak juga sedikit perasa, contoh, kalau hijau = pandan, pink = strawberry dan plain = vanilla. Lepas tu sudukan secara berselang seli, lorekkan sedikit dan bakar seperti yang disyorkan....Dahh jadi kek marble....resipi seperti di bawah dan terima kasih Cida.. (^___^)
BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna Anchor)
90 gram gula kastor
125 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla (mat guna "butter vanilla")
2 camca besar susu cair
Badam keping untuk hiasan
Dusting powder @ gula aising, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C (api bawah sahaja), lenser tin bulat berukuran 7 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
- Putar mentega dan gula kastor hingga gula hancur dan bancuhan menjadi putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang. Jarak masa sebelum dimasukkan telur dalam adunan ialah 1 minit.
- Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Putar rata. Akhir sekali tambah esen vanilla. Gaul rata dengan spatula.
- Tuang dalam tin, ratakan dan tabur kepingan badam dan bakar selama 1 jam (sebab mat guna acuan berlubang tengah, masa membakar kurang lebih 50 minit), lepas 45 minit, bakar kek tadi dengan api atas dan bawah, guna suhu yang sama. Bila kek masak, sejukkan sekejap dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk sebelum dihidangkan untuk minum petang....
10 Comments
As salam Mat..
ReplyDeleteWaaaaa mintak sepotong boleh? Klu hujan2 makan sambil hirup seawan kopi..perghh alangkah sedaPNYAAAAA....
"I Miss U"... ;p
nak jugak sepotong 2 dengan secawan teh panas...sedap makan time ujan nie
ReplyDeleteheheh..xreti2 budak azila nih, kata pantang..tp nak jgk dtg jenguk resepi smbil berkira2 tgk bahan ader x dlm stok kalo2 nak terbuat gak..hehheh.tp mmg nampak lembab dan sedapla en.mat:)
ReplyDeleteowh, senang bahan2 dia kannn...sume ade kat umah...tapi bila la tu nak buat... =.=
ReplyDeleteJom dapatkan baucar buku RM5,300~~
ni kemaen ni lemak die ni
ReplyDeletelupa jap lemak tengok kek gini..he3
ReplyDeletesedappp tu,...
nk loyang tu jugak la!!!!
ReplyDeletehalusnya....
ReplyDeletesodapnye..lapor le pulak perut tgk kek en.gebu ni..adei
ReplyDeleteblog yg penuh info bab masak memasak. sesuai utk kami yg terperuk kat umah sepenuh masa. be my follower at mymatatajam.blogspot.com. TQ
ReplyDelete