BEN ASHAARI

Thursday, February 16, 2012

KEK BATIK ARORA....SERIUS AKU TERGODA.

rsz_dsc_7135
Assalammualaikum, selamat petang. Apa khabar, sehat ke?. Mat boleh lahh, tapi masih ada sengal2 lagi. Petang ni nak letak entri kek...erkk si mat tak masak tengah hari ke?.. Masak tapi tak sempat dah nak letak resipi, nantilah kalau sempat malam, tak pun esok. Kek batik aurora ni ni makin popular dikalangan blogger2 masakan. Mat mula2 malas lah nak buat, tapi Kak Ummi Kuantan kata, mat patut buat, kek ni sedap, hmmm lepas tu nampak Puan Azlita pulak buat, Kak Yatie pun buat juga dan beberapa blogger masakan lain. Mana boleh tahan beb, dia orang memasing kata sedap, jadi tadi tengah hari, mat gebu merajinkan diri membuatnya. Serius ia satu resipi yang mudah tapi hasilnya, masya Allah, boleh dibanggakan dari segi rasa pulak, memang sedap, tak manis sangat just nice...kira molek lahh.. Pada mat kek ni kalau kita buat untuk majlis rasmi, amat2 menarik, sebab nampak ceria, budak2 pasti suka...

rsz_dsc_7152
Satu lagi yang menarik, setiap warna berbeza perisa, cuma mat sarankan, gunalah perisa yang boleh ngam antara satu sama lain. Tapi itu terpulang pada masing2 yea, ini cuma pendapat mat saja. Anda nampak ada 5 warna kan, yang hijau tu mat guna pandan paste, coklat tu dah tentu lah chocolate emulco, oren pulak perisa orange, merah tu stoberi dan violet pulak blueberry. Sebenarnya mat kehabisan warna biru. Tapi takpe, kan kita buat dia, jadi gunakan apa yang ada. Perihal penyusunan warna pulak terpulang ikut kreativiti anda. Untuk resipi ini mat guna acuan berlubang tengah dan mat isi setiap bancuhan dalam plastik bersih. Kemudian gunting hujungnya dan mat paip lingkaran dalam acuan bulat tadi. Kemudian lapiskan dengan warna dan perisa lain, ulang sehingga habis. Mesti faham dah kan...Ok entri DTS kali ini memang mat harap sangat anda baca, amat2 sesuai untuk semua peringkat umur di sini... Resipi mat ambik dari blog Kak Yatie..terima kasih....

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 gram mentega
100 gram gula kastor
3/4 cawan susu pekat manis
250 gram tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
6 biji telur gred A
1 camca teh ovallate
5 jenis perisa pilihan anda (pilihan mat gebu seperti di bawah)
Pewarna oren = perisa oren
Pewarna merah = perisa stoberi
Pewarna violet/ungu = perisa blueberry
Pewarna coklat = perisa coklat emulco
Pewarna hijau = perisa pandan paste

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bund-pant berlubang tengah dengan mentega dan tabur dengan tepung gandum rata2 dan ketuk keluar lebihannya. Atau guna tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati. Tambah telur satu persatu sambil diputar hingga kembang. Jarak masa untuk setiap satu biji ialah satu minit.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata. Atau anda boleh gaul adunan tadi dengan spatula sambil menambah tepung sedikit demi sedikit. gaul hingga rata.
  4. Bagi adunan tadi pada 5 bahagian sama banyak dan bagi setiap bahagian dengan perisa yang anda gemari dan warna yang anda suka. Kacau rata dan isi setiap adunan dalam plastik bersih yang tidak bocor.
  5. Ambil satu bahagian gunting bucu plastik tadi, dan paipkan satu lingkaran pada dasar tin (jika anda guna tin kek berlubang tengah). Kemudian paip kan satu lingkaran, kali ini guna perisa lain pulak. Lakukan kaedah sama secara berselang-seli dengan perisa berlainan hingga siap.
  6. Bakar dalan oven selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sekejap dan boleh keluarkan dari tin. Biar sejuk sepenuhnya atas jaringan. Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan (jika suka). Hidangkan...

CATATAN MAT GEBU :- Sebab mat guna tin warna hitam, suhu mat guna 150C. Jika anda guna tin aluminium, guna suhu yang disarankan atau mengikut oven masing2. Teknik yang mat tulis tu jika anda menggunakan tin berlubang tengah. Kalau tin bulat biasa, anda boleh sudukan adunan secara berselang seli, bermula dari bahagian tengah tin...Selamat mencuba!!


24 comments:

aDisH.sHidA said...

boleh cuba nie....cantik color dia..menarik sekali..rsa pun pasti sedap nie...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

meaowwww...nka sket blh cik mat?

jika acuan hitam mmg kena turunkan suhu ke cik mat?saya hadapi masalah dgn tin pembakar saya.cpt berkerak kek saya.

Oh Oeya said...

Serius.. I pun tergoda ;-)

KhaiRin : anies said...

cantik la kaler dia wow weeeeee

MANISMANIS said...

Aduhai..cantik...mau coba buatlah nanti...tak tahan mata memandang...

ummiaisyah said...

mat buat ape pon cantik...

AZLITA AZIZ said...

salam Che Mat..

dalam tak sihat pun dapat juga menghasilkan kek yang cantik..

mmg tabik spring toing toing toing kat che mat..

alahai serius akak pun dah tergoda semula.. tgk warnanya yang cantik tuuuu..

JIJI YU said...

erk..sodap ni kalo makan ngn misi

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam sama N3 kita kali ini tapi batik CMG memang cantik warnaya

Qasey Honey said...

cntiknya...kalau dpt sekeping tu...syg la pula nk mkn..hehehe

ZyL-Da said...

Aurora... Kalau belaja fizik ianya satu fenomena Di kutub bersalji... Tapi kek batik Aurora tak sejuk macam salji tapi HOT gitu.... MELETOP rupanya memang terhebat.... Izin salin resepi ye

Rozuan Ismail said...

amboi,kalerful nye

Citarasa Rinduan said...

mbaru ayu faham macamana nak jadi cun mcm tu..
rupanya picit sikit2..

thanks cmg, terjawab sudah soalan ayu bila pandang kek kawan2

*R said...

bila dah potong lawonyyyyaaaa >0< scrumptious!

I'm Cida- My Photo Blog said...

masa mula2 buat kek ni, kite main ikut hati je..buat 5 warna 5 rasa... x sangka dpt perhatian blogger2 fofular mcm cik mat ni...

tp ternyata hasil keje cik mat tiada tandingan!! cayalahhh

ibundo said...

salam mat. Very colorful. Kita pun tergoda gak.

Yatie said...

alolololoooooo CUN ABESSSS kek batik arora Che Mat ni...geram tngk...lenkali akak nak buat cara Mat pulaklah...

Ummi said...

Waaaaaaaaaaa...dah entry eks....akak belum entry lgk..wakkakakaa...berkulat dh dlm perut... Satu lg akak lupa pesan laaa, lps cakap Mat patut buat tu..akak patut cakap jgk, patut hantar Kuantan lg....adeeeeii, hehe

gadisBunga said...

cantik betul!!! mcm aurora jugak!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun geram giloz bila pertama kali tengok hasilnya kat blog tuan punya resepi si Cida a.k.a Nuanza tu... Mat boleh tgk hasil dari empunya resepi kat link kat bwh tu.. hehe..
http://denuanza.blogspot.com/2012/02/kek-batik-arora.html

Nalfiza's Kitchen said...

salam che mat..baru dpt nk komen.mintak izin copy resepi ye..anak2 suka sgt2,meriah tul kaler dia.

~♥ OjaAmran ♥~ said...

i baru cuba semalam. tapi rupa bentuk dia bila dah potong mcm kek marble je..x jadik la tu ye maknanyer?hehehehe :D

Aishamirafiq said...

Mat.... Kiter da buat.
Sedap betul.
Terima kasih share resipi...

Iza Teratak Usang said...

Assalam...
Kalau kukus boleh tak?
huhu...oven rosak..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.