KHAS UNTUK ANAK-ANAK.....

rsz_dsc_3998
Assalammualaikum, dah sarapan?. Pagi ni mat sarapan biskut krim kraker dengan hot chocolate (again?..huhu semalam pun sama gak) Tu hari saja2 lah nak test produk tesco, minuman chocolate organic, eh sedapp lahh...serius, harga pun tak delah mahal sangat, kira mampu beli punya. Tadi mat chech periuk nasi, ada nasi belen semalam dalam 3 cawan, huhu banyak juga tu. Hmm, nak buat apa eks, nasi goreng jelah tapi kali ni kita buat gaya untuk kanak2, tak pedas dan bewarna warni, erkk tapi ada letak sedikit serbuk lada hitam dalam dia. Satu lagi mat guna 1 camca besar marjerin planta untuk menggoreng nasi. Ada masa susah nak mengagak selera anak2, mereka ni kalau suka yang satu...tuu jelah yang mereka nak. Pening gak kan. Kalau ayam pun sama, kalau tak ayam goreng, ayam masak kicap..yang tu saja mereka nak. Tapi bila mereka rasa sesuatu yang baru dan boleh ngam dengan tekak, baru lah sedar masakan lain juga sedap dari apa yang kerap mereka makan. Satu lagi, kanak2 ni jujur kan, kalau tak sedap...mereka kata tak sedap, kalau sedap diam je makan, tak menoleh...huhu.. Ok semak resipi senang ni....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi sejuk
1/2 genggam ikan bilis, goreng garing dan toskan
1/3 cawan mix vege (lobak merah, kacang pis, jagung)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar margarine
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Hirisan dan bawang sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan margarine dalam kuali hingga cair, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi. Masukkan mix vege dan kacau rata. Tolak ke tepi kuali dan masukkan telur, bila mengeras, hancur kan. Gaul rata.
  2. Tambah garam secukup rasa dan masukkan serbuk lada hitam. Tambah nasi dan gaul hingga sebati. Masak hingga nasi sedikit kering. Masukkan ikan bilis goreng dan kacau lagi hingga rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang dan juga bawang goreng..

Post a Comment

19 Comments

  1. kalau nasi goreng mcm ni,yg besar gedabak ni pon suka.huhu

    ReplyDelete
  2. yummeh..ni mak dia mkn lebih nanti..:))

    ReplyDelete
  3. aha betul kan cik mat, susah nk agak selera anak2. kene cuba macam2 baru tau dia suka apa. tapi nnti asyik nak lauk yg tu je. haha... masak kicap, masak sup, stew, bakar, goreng. itu je la yg slalu. hehe..

    ReplyDelete
  4. boleh buat utk bekal suami ke tempat kerja

    ReplyDelete
  5. simple. pastu makan dgn cili api kicap. marbelles, kan.

    ReplyDelete
  6. gmbr masakan cik mat sumenye membuka selera...

    ReplyDelete
  7. As'salam CMG ...
    Anak-anak Nina suka sgt nasi goreng simple macam nie. Abah dia pun suka Hehee ...
    Mama dia lagi lah suka sbb ringkas dan mudah lagi cepat. :)

    ReplyDelete
  8. nasi goreng marjerin ke ni? sy penah wat nasi goreng marjerin..nyum nyum tetibe rasa nak wat ..dah lama tak buat ..lepas tgk resipi ni teringat la nk masak. !

    ReplyDelete
  9. nak jugakkkk nasi goreng...kl buat pattaya pun OK gak nih...muaz mesti suka...

    nak dtg umahhhhh!!!!leh gossip2...dulang dah ade lom???

    heheheheh

    ReplyDelete
  10. SETUJU! budak2 kalau suka kat 1 menu, nak makan menu tuuuuu je..kita yang sampai jelak nak masak. :D

    ReplyDelete
  11. Nasi goreng camni saya yg mak budak pun suker hihi..

    ReplyDelete
  12. nampak mabeles...kalo makan lagi lah mabeles, kalau matgebu pelawa makan lagi lah mabeles.... lambatnya lagi nak time rehat. hado....

    ReplyDelete
  13. kn best kalo bdak2 mkn peds..mkn je pe yg kte mkn..hihi

    ReplyDelete
  14. simple tapi nampak sedap..hahaha... lapar la plak..

    ReplyDelete
  15. betullah CMG.. susah nak sediakan sarapan utk anak2 ni, memilih benor!

    tapi nasi goreng tu memang maveles..

    ReplyDelete
  16. JGN KATA BUDAK-BUDAK, MAK BUDAK PUN SUKA TAUUU..

    ReplyDelete
  17. Aslmkum CMG.
    Nampak sedap nasi goreng tu...tak pedas mmg sesuai dgn anak2. Betul tu CMG....kdg2 pening nak fikir menu anak2....bila dah suka satu lauk...kena ulang yg sama baru mrk suka mkn.nak cuba lauk barupun puaslah mrk soal selidik...ni lauk apa..sedap ke tidak....

    ReplyDelete
  18. Wah bole cuba ni.. thanks utk kongsi resepinya Cik Mat

    ReplyDelete
  19. baru ni sy buat nasik goreng gini la utk anak2..sempoi je kan..
    cik mat, nanti kongsi la idea utk makanan anak2 banyak2..konfem mak2 suka :)

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.