BLOG MASAKAN....IMPIAN..HARAPAN..dan..KENANGAN

(Gambar ehsan Google)

Malam semua, diam tak diam kita sudah masuk minggu ke-3 dalam tahun 2012. Mat pun tak sangka boleh bertahan sehingga sekarang...Syukur Alhamdulillah atas kurniaan kesihatan yang membolehkan mat gebu berblog, dan berkongsi sedikit ilmu. Mula2 berblog dulu, mat pun tatau apa tujuan berblog, terikut dengan geng2 masak yang punya blog dan fotopages masing2 barangkali. Bila anjakan masa bertukar, tahun silih berganti..mat mula lihat blog makin diterima ramai orang dan pengunjung bertambah dari sehari ke sehari...Syukur Alhamdulullah. Hmm, bila mat tulis judul Blog Masakan...Impian..Harapan dan Kenangan... mat nak tulis lah 3 benda tu mengikut gerak rasa sejak berblog dari tahun 2007 dulu....

IMPIAN - Hmm semua orang ada impian, berblog pun macam tu, cuma impian mat sebagai blogger masakan bukan lah nak jadi glamer, dan disanjung...Cukup sekadar diingati Mat Gebu sebagai pemilik tiffinbiru, resipi2 mat dapat dimanfaatkan secara baik oleh mereka2 yang memerlukannya. Dan satu lagi agar generasi muda lebih mengenali masakan tradisi kita, jangan esok bila sebut nama masakan, anak cucu kita hanya terpinga2.. Rugi kan macam tu..

HARAPAN - Rasanya harapan mat sama saja dengan semua blogger.Iaitu ingin melihat dunia blog lebih diterima oleh masyarakat. Suara kita boleh didengar. Keadilan pada blogger2 lebih terjamin terutama dalam isu plagiat hasil kerja kami, gambar dan macam2 lagi. Satu lagi, elakkan lah bersengketa sesama sendiri. Jika ada masalah kita selesaikan cara elok.. Dan pada mereka diluar sana yang baru kenal 'BLOG", jangan lah mudah menuding jari kata berblog ini tidak memberi manfaat dan kerja sia2, ia bergantung pada yang "ber"blog itu sendiri, samada memberi satu yang bermanfaat atau sebaliknya. Mantan PM kita pun ada blog, PM kita pun ada blog, itu tanda blog semakin memainkan peranan penting dalam pelbagai arena...setuju kann...

KENANGAN :- Terlalu banyak, yang manis dan kurang manis, semua ada. Dengan berblog, ia membuka sedikit tingkap pemikiran mat. Perkenalan dengan blogger2 di luar dunia masakan. Dan secara ikhlas mereka2 memberi impak besar pada blog DTS, terima kasih semua. Satu lagi kenangan yang bermakna bila DTS disunting oleh Puan Lily Haslina, untuk menyumbang resipi ke majalah JELITA, yang ketika itu beliau masih bertugas di sana. Kalau nak diikutkan banyak lagi, termasuk yang pahit, tapi cukup lah rasanya setakat ini. Mat tulis saja2 sebelum tidur sebagai entri selingan....Selamat malam semua. Assalammualaikum....

Post a Comment

10 Comments

  1. perlukah saya buat entri yang serupa ini?

    ReplyDelete
  2. bagusnya entry ini.macam muhasabah dirilah kan. itulah,saya pon bertuah jadi blogger dapat kenal org jauh dari bidang kita dan berbeza background. bersyukur sgt diberi izin tuhan untuk jadi seorang blogger

    ReplyDelete
  3. Semua orang punyai IMPIAN mereka, antara tercapai atau tidak saja, tapi yg penting kita kena menaruh HARAPAN agar apa yg diimpikan akan jadi kenyataan. Bukan untuk meninggikan martabat kita tapi untuk diabdikan sebagai KENANGAN dlm hidup, tak kira pahit atau manis, baik atau jahat, setiap kenangan itu pasti ada makna dan agenda tersendiri...

    Moga setiap impian, akan jd harapan agar tersemat didlm hati sebagai kenangan yg terindah...

    *kau sumber inspirasi ku...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Sunah, Rozuan dan Sis Linn...

    ReplyDelete
  5. As salam Che Mat. Selamat pagi :-)

    Meluah rasa pula kali ni.. Tahniah ya Che Mat dengan pencapaian peribadi.. Saya yang minat meski tak selalu buat, tetap memberi sokongan kerana pada saya tiada celanya berkongsi ilmu.. Cuma, adatlah manusia yang berperasaan hasad, itu bukan dalam kawalan kita..

    Selamat berjaya DTS, Amin.

    ReplyDelete
  6. Begitulah sepatutnya...walaupun sudah dikenali ramai.MG tetap merendah diri...dalam apa jua yang kita lakukan keikhlasan itu penting..setiap lelah kita dibayar dengan kepuasan..MG ni ikut resmi padi "padi makin berisi makin menunduk".Semoga kekal dengan prinsip itu.Semoga segala perkongsian bermanafaat dapat dikongsi bersama pembaca.Tahniah!

    ReplyDelete
  7. Lama x singgah (silent reader hehe)..smoga CMG sentiasa aktif menghapdet ye..btw,,sy harap CMG dpt masuk masterchef malaysia next season hehehe

    ReplyDelete
  8. masak sedap-sedap tau :)

    ReplyDelete
  9. saya pun berharap blog saya akan sehebat cik mat..saya suke dtg jengok di sini..macam2 ada..

    ReplyDelete
  10. salam saudara CMG,sy baru je nk terjebak dgn dunia blog2 nie. kire jakun lg la.. tp sejak berbulan lepas sy suke singgah kt blog CMG nie. semua resepi sedap2.. sy nk mntk izin amek n cuba resepi tue bleh kn.. manela tau, izin Tuhan dpt sy pnjgkn rezeki femly pkai resepi kt sini.. sblom nie ingt CMG bujng sbb rajin masak, rupanya dh ade anak ye.. huhu mntk halal ye.. :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.