MASAKAN PENGERAT KASIH SAYANG.....

rsz_dsc_4160
Salam semua, selamat bertemu kembali...kejap yea..nak tarak nafas dulu..hmmmmmmm.. legaa, anda dah santap tengah hari?..Kami sudah..hari ni mat share masakan yang dah teramatbiasa anda lihat di DTS. Memasak ni ikut keadaan dan permintaan, apa guna masak ikut kehendak kita, dan akhirnya orang lain takmo. Hari ni mat masak asam pedas ikan mayong, kupang cili hijau berkucai, kangkung belacan dan ulam daun bebuas cicah sambal air asam "budu"..waaa, berasap telinga, podeh kan main yang oii!!. Kangkung kan kalau ikut hati memang nak bedal banyak, sebab mat suka, cuma tak boleh makan sangat, sebab kangkung ni sayur berunsur sejuk, jadi kalau makan lebih, takut sakit kaki kang. Nampak tak tajukentri tu, masakan pengerat kasih sayang..kenapa mat cakap macam tu, ok anda sendiri boleh bayangkan, anda rindu tak masakan ibu anda..dan bila makan masakan ibu, terasa tak kasih sayang dari beliau. Serius mat cakap, jika kita makan sesuatu yang mak kita pernah buat, serta merta kita akan teringat dan rasa rindu. Bayang kan saja hari raya...terkenang kan kueh mueh mak kita buat, kueh tat, bangkit dan baulu, walaupun sekarang ni dah melambak jual tak ikut musim...Jom kita cerita masak2 hari ni pulak...Tapi sebelum tu, entri pilihan DTS kali ini---> di sini..



Tuu dia kupang cili hijau berkucai...sebut betul2 "berkucai yea, bukan berkecai".Ini permintaa big boss. Dia beli kupang pagi tadi, jadi mat masak kan sajalah resipi ringkas yang boleh dimakan, tapi kan ikan masin wajib ada, hmmm yang tu tak payah lah enterprem kan. Sebelah tu pulak pucuk bebuas celur dan dimakan bersama sambal air asam campur "budu"..penggsann >__<, tang budu tu kalau anda tak makan, takpayah letak. Tapi kan kalau letak dia ada rasa lagi sedap. Buat dia senang saja, nak guna alat pengisar boleh, lesung batu lagi boleh. Mat guna lesung batu lah, nak kena jeling maut guna blender...erkk takuttt okehh..


Lepas tu masak pulak kangkung belacan, ohh my feberet okeh, lepas dah siap masak, tabur ikan bilis goreng atas dia dan hidangkan segera. Satu kelemahan sayur2 macam ni, kalau hidang masa dah sejuk, dia kurang "menggigit"....kann. Ok yang sebelah tu..hmm tak payah bagi tau pun dah tau punya. Asam pedas, dah banyak kali dah masuk dalam DTS, sampai ada yang jemu..mat pun jemu gak...jemu nak menulis benda sama, tapi takpelah..apa2 kerja sekali pun (heyy!, kerja yang halal okeh, kang kata apa2 kerja, ingat kerja bukan2 pulak..choiii!!!) kita anggap saja sebagai ibadat, insya Allah akan rasa ok nanti....Ok lah mat tulis resipi2 ringkas untuk entri kali ini...

SAMBAL AIR ASAM "BUDU"....

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 biji cili padi
1 inci belacan, dibakar hingga harum
1 biji bawang merah, hiris
1/2 cawan jus asam jawa
4 -5 biji limau kasturi
4 camca besar BUDU
Gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tumbuk cili padi hingga hancur. Masukkan belacan dan tumbuk lagi hingga lumat. Tambah bawang hiris dan tumbuk, tapi jangan hancur sangat, setakat tumbuk kasar2 sahaja. Alih ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan budu, jus asam jawa, gula dan kacau rata. Tuang jus limau kasturi secukup rasa, tapi pastikan ada rasa masin, masam dan manis. Hidangkan bersama daun bebuas yang dicelur dan ditoskan.


KUPANG CILI HIJAU BERKUCHAI...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan isi kupang, dibersihkan dan tos*
Sedikit serbuk kunyit*
Secubit garam*(*disatukan dan gaul rata)
1 cekak kucai, kerat pendek
6 biji cili hijau, hiris
2 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca besar jus asam jawa
1 inci belacan, larutkan dengan 2 camca besar air
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar sos tiram

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng kupang tadi sekejap. Tolak ke tepi kuali dan keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan dalam 2 camca besar minyak. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hijau, kacau rata dan goreng hingga bawang layu.
  2. Masukkan sos tiram dan belacan, gaul rata dan masak hingga kering. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali tambah kucai, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

KANGKUNG GORENG BELACAN....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat kangkung, siang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toskan
1 genggam ikan bilis, digoreng garing dan toskan
Garam dan secubit gula
Sedikit air
1/2 camca besar sos tiram

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 biji cili hijau
2 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambahs secubit garam, kacau dan tuang sedikit air. Masukkan batang kangkung dan masak hingga lembut.
  2. Tambah pula daunnya, kacau rata hingga layu tapi tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur ikan bilis goreng atasnya.. Hidangkan segera..

ASAM PEDAS IKAN MAYONG BERNENAS ...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3-4 keping isi ikan mayong putih
1 biji nenas madu size sederhana, hiris sederhana tebal
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam, daun kesom, cuci dan toskan
1 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
3/4 camca teh serbuk lada hitam
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu. Masukkan nenas dan gaul rata. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan bunga kantan. Bila mendidih tuang jus asam jawa. Kacau perlahan dan masukkan daun kesom dan serbuk lada hitam. Masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

Post a Comment

14 Comments

  1. tolongggggggg CMG... lapar!!!
    rasa nak pergi rumah CMG sekarang jugak... hidangan yang sangat membuka selera! boleh tambah 2-3 pinggan ni..

    ReplyDelete
  2. duhhh....boleh tak di suatu hari yang indah saya nk rasa semua masakan cik mat...hahaha, kira wish list saya thn 2012 la ni....hihihi

    ReplyDelete
  3. SAMBAL AIR ASAM "BUDU".... power rangers nih..CMG x nk buakak reataurant ke..tingin lak nak rasaa masaakan CMG real ..hehehe

    ReplyDelete
  4. kecur air liur..slurppp............

    ReplyDelete
  5. sambal air asam budu?pergh,feveret

    ReplyDelete
  6. Adoiii cik matttt .. asal dtg je pengsan, asal dtg je pengsan. camna nih?

    ReplyDelete
  7. amboi..ulas bebuas ye CMG..pengsan!! ;p

    ReplyDelete
  8. peehhhhhhhhhhhhhhhh
    satu hari ayu tak lalu nak makan nasi.. agak2 kalau singgah sedenak pekena lauk pauh CMG, harus 2 kali tambah nasi.. heheh

    ReplyDelete
  9. asam pedas tu mmg sye suka ler...

    ReplyDelete
  10. salam cik mat, byk nyer lauk?hehe

    tgk asam pedas tu bukan main seksi lagi bunga kantan tu...menarik!

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum, Cik Mat

    Sedap-sedap lauk CMG ni,
    Saya yg perempuan ni pun masak tak sesedap ni.....malunya!!!!!

    ReplyDelete
  12. kecur air liur tgok menu cmg nih....

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.