KUEH SERI MUKA ...ala....PERANAKAN..

rsz_dsc_5534
Salam pagi Khamis....jumpa lagi..hehe, dah sarapan ke.. Ok entri pertama pagi ni mat share satu kueh yang biasa di Malaysia dan Singapura, negara lain mat tak pasti lah. Kalau kita panggil kueh serimuka, di Singapura pulak Puteri Salat. Kueh yang menjadi identiti orang2 melayu dan juga kaum2 peranakan, yelah mereka pun asal usul dulu ada campur orang melayu, tu pasal gaya kehidupan dan juga kueh mueh mereka ada unsur2 orang melayu kita.Tapi mereka ni bijak, mereka akan ubah suai sedikit untuk memberi satu identiti "peranakan" itu sendiri. Contoh yang paling ketara mereka suka menggunakan bunga telang yang menghasilkan pewarna biru asli untuk kueh mueh...

rsz_dsc_5547(2)
Mat rendam 1/3 bahagian pulut tu dengan jus bunga telang Untuk mendapat warna biru, mat guna kurang lebih 30 kuntum bunga telang. Kalau takde, boleh guna sedikit pewarna biru atau violet dan rendam 2 - 3 jam (mat rendam 3 jam), kemudian toskan dan cuci sikit. Gaul sama pulut yang warna putih dan kukus. Sebenarnya mat saja je buat macam ni, sebab nampak menarik..Haa, cerita pasal menarik ni anda nak menang "Samsung Galaxy Tablet" tak"..Kalau nak, sila tengok sini...sapa tau rezeki...kann....

Kalau mana yang kurang pasti rupa paras bunga telang, ha ni dia, pose kan main cantik lagi, seksi pulak tu, bunga telang ni sejenis pokok memanjant, dan bunga dia memang lawaa, cuma kan, kalau dah membiak innya agak sukar dikawal. Tapi pada mat mana2 rumah yang ada taman ala2 inggeris, sesuai tanam pokok ni dipagaran. Kita semak resipi sekarang dan blog pilihan DTS kali ini ---> di sini..

BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
300 gram beras pulut (mat guna 350 gram)
200 ml santan cair (mat lebih kan 2 camca besar)
30 kuntum bunga telang, tumbuk lumat*
2 camca besar air suam*(*Satukan, ramas dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
3/4 camca teh garam

BAHAN LAPISAN ATAS :-)
300 ml santan
3 biji telur (mat guna gred B)
4 helai daun pandan, potong kecil
180 gram gula pasir
4 camca teh tepung jagung
2 camca besar + 1 camca teh tepung gandum
Beberapa titik pewarna hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pulut dicuci, kemudian asingkan 1/3 bahagian dan rendam dengan jus bunga telang dan bakinya rendam seperti biasa sekurang2nya 3 jaam. Alas loyang bulat berukuran 9 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi.
  2. Toskan pulut, bilas sedikit pulut warna biru tadi dengan air mengalir, kemudian satukan dengan pulut putih dan gaul. Alih ke dalam loyang, ratakan. Bancuh santan dengan garam dan kacau rata. Tuang ke dalam pulut tadi dan letak daun pandan.
  3. Kukus selama 25 minit. Keluarkan daun pandan, gemburkan pulut dengan garfu dan tekan pulut tadi hingga padat, guna kan daun pisang untuk menekan permukaan pulut tadi hingga padat (mat guna penekan kek lapis yang mat masukkan dalam plastik bersih). Sambung kukus untuk 5 minit lagi.
  4. Sementara itu, untuk lapisan atas, kisar santan dengan daun pandan, kemudian tapis untuk mendapatkan jusnya. Kemudian bancuh dengan semua bahan2 untuk lapisan atas (custard), kacau perlahan dengan whisk hingga gula larut dan tapis ke dalam bekas tahan panas. Tenggekkan atas air mendidih dan kacau hingga bancuhan kelihatan pekat sedikit (bila kita rasa, bancuhan tu suam)
  5. Berhati2 tuang atas pulut tadi, tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus selama 25 minit lagi. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hidangan....Selamat mencuba!...

Post a Comment

15 Comments

  1. bunga tu yang buat nasi kerabu kan??

    http://danishninaaz.blogspot.com/2011/11/lose-weight-lose-inches-ask-me-how.html?

    ReplyDelete
  2. wawawa...mintak sepinggan...

    *aku bru siap sepit siput sedut nie..heheheee

    ReplyDelete
  3. cantiknya bunga tu...sedapnya kuih tu... T_T

    ReplyDelete
  4. Morning Mat...
    What a color combination U had there.
    Nice blue.

    ReplyDelete
  5. Pagi Che Mat..

    Sedap dan cantik sangat...

    Mesti try ni....

    ReplyDelete
  6. feveret anak2 nih tapi blom pernah try yg kaler biru cmni..tp apapun memang nampak sedap giler..!!

    ReplyDelete
  7. bersopan jek posing kueh chemat neh....

    ReplyDelete
  8. Kene try ni..tak pernah lagi tgk kuih seri muka meriah cenggini..kikiki....mohon share yer..

    ReplyDelete
  9. rajinnya cik mat rendam sndri dgn bunga tu...selalu org pkai pewarna je..bgus la =)

    ReplyDelete
  10. sedapnya...warna warni lg..
    selalu main tunjuk jer kat kedai..
    pas ni boleh cuba buat sendiri..!!

    ReplyDelete
  11. Owh br nak nanya ngan CM, bunga tu ke yg buat nasi kerabu.... Dh ade jawapanya kt atas, sib baik baca dl.... Hehehe

    ReplyDelete
  12. adoyaiiii tak tahan tngk kuih2 mcm ni...suka buat dan suka makan, tapi akak tak pernah jumpa pulak bunga telang tu...kalau jumpa mesti cuba resepi ni...

    ReplyDelete
  13. warna kueh tu menarik... akhinya dapat gak tengok bunga tu..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.