JOMMM SANTAP....TAPI JANGAN SENTAP OK..

rsz_dsc_5388
Salam sejahtera semua, haha macam nak mula mesyuarat pulak, apa menu hari ni?...Mat masak lewat, dan secara jujur, entri ni semalam punya, patut nak letak tengah hari, tapi masa very the ketat semalam. Ada masa memasak ni memeningkan juga, pada asasnya bukan lah tak rajin cuma idea tu blurr kadang2. Orang yang hari2 masak, pasti akan hadapi masalah yang sama. Lagi satu menu yang nampak gah, kadang2 tak berapa nak ok di tekak, lagi2 kalau orang2 berusia. Selalunya mat lagi suka masak singgang ikan, yang ringan2. Lepas tu goreng sayur dan ada sambal belacan..petai pulak ada...wahh terpengsann >__< , apa2 pun selera manusia tak sama....tapi kalau benda ini...mat pasti semua suka..lawaa dan nampak kemas, comey dan menarik...

rsz_dsc_5413
Entri kali ni, mat letak 2 jenis masakan mudah2. Atas sekali singgang ikan asam jawa dan satu lagi, sawi putih tumis udang kering. Masakan macam ni, kena hidangkan panas2, dengan nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng. Kalau mat ikan goreng terutama ikan kembong, suka goreng lembap2, lepas tu makan masa panas2 dengan sambal belacan dan perah limau kasturi...tergolek dog okeh!...Sebelum mat tulis resipi, kita lihat blog pilihan DTS hari ni ---> di sini...

SINGGANG ASAM JAWA IKAN KEMBONG...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 ekor ikan kembong saiz besar, siang, cuci bersih dan toskan
10 biji cili padi, dititik
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 cawan jus asam jawa
1 kiub ikan bilis (optional)
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
1 batang serai, dititik
1 biji tomato, belah 6
Air secukupnya
Garam dan secubit gula
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong tadi digaul dengan sedikit garam dan goreng sekejap. Jangan lama2, goreng 1 minit saja untuk setiap bahagian, guna api sederhana. Angkat dan toskan (kalau tak nak goreng pun takpe, cuma mat nak makan singgang gaya macam tu, jadi no complain yea).
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, serai, halia dan bawang putih hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan tumis sekejap. Tuang air secukupnya (dalam 1 cawan) dan juga jus asam jawa. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Masuk kiub ikan bilis dan cili padi dan garam secukup rasa serta secukup gula. Tambah ikan dan tomato, masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan..

SAWI PUTIH TUMIS UDANG KERING....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 pokok sawi putih, asingkan daun dan batang, siang berasingan, cuci dan toskan
1 biji bawang besar hiris halus
1 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Masukkan batang sawi putih, kacau dan tuang air. Masak hingga lembut.
  2. Masukkan hirisan bawang besar dan daun sawi. Gaul rata dan masak sekejap. Tambah garam secukup rasa. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.

Post a Comment

10 Comments

  1. hehe...suka ayat cik mat, gmbr mmg nmpk gah, rasa ntah cmana la kan.. =)

    ReplyDelete
  2. gmbar2 encik mat mmg cantik.rasanya pasti berbeza bila ikan tu digoreng kan?nak cuba nnt.tq cmg

    ReplyDelete
  3. fuyoo lapar terus, sedapnya lauk tu

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sayur sawi tu..*sunah tu salah tulis agaknya... :p

    ReplyDelete
  5. seleranya tgk lauk tu CM...buat lapor pulak hujan² ni...gambor sawi tu buat tergoda iman serta berkocak nafsu makan saya...

    ReplyDelete
  6. Meleleh air liur den Cik mat...singgang ikan tu kalau letak nenas pun sodap kan kan kan.

    ReplyDelete
  7. kdg2 yg simple mimple tu lah
    yg boleh btambah nasik....
    tak gitu cik mat???..heee

    ReplyDelete
  8. Tengok pic lauk singgang tu perut kenyang pun rasa lapar..hehe..makan dgn nasi putih panas2 mmg sedap..ada satu lagi fav saya kecik2 makan ikan sepat masin goreng.takde lauk lain pon xpe..betul2 simple..=D

    ReplyDelete
  9. saya kalau nampak singgah tekak ni automatik akta esok mesti amsak singgang. huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.