rsz_dsc_4110
Selamat pagi, dah sarapan?...Pagi ni, mat tak buat sarapan, tapi bonda ku yang menggoreng pisang, tapi bukan sebarang pisang goreng, bonda campur herba dalam batter pisang goreng tu. Pernah dengar jintan hitam atau habatussauda, kita cerita pasal tu kemudian yea Kali ni bukan guna pisang nipah tapi guna pisang raja. Rasanya manis dan tidak lembik bila digoreng. Tapi jangan lah goreng pisang yang terlampau masak, nanti pisang akan lembik, bermadu dan berminyak, dah tak bess...

rsz_dsc_4138
Kalau di Johor, seperti anda tau, makan pisang goreng ke, keledek goreng atau sukun goreng, waima ubi getuk goreng pun, wajib ada sambal kicap...baru lah ada kick. Sambal kicap ni mat perhatikan ada 2 versi, satu cili digoreng dahulu, dan satu lagi ditumbuk mentah. Mat selalunya tumbuk mentah cili padi bersama bawang putih hingga lumat. Tambah gula dan letak kicap lemak jalen, kacau hingga pekat. Kalau anda guna kicap manis, rasanya tak payah letak gula dah. Tapi yang utama, pedas mesti ada, baru lah nama sambal kicap. Selain tu, sambal kicap ni sesuai juga untuk dimakan bersama mi sup, sup ayam atau soto....

Ok berbalik cerita perihal jintan hitam atau habastussauda ni, ia sejenis herba kecil bewarna hitam seperti dalam gambar. Rasa nya berempah dan agak kuat juga. Guna sedikit sahaja dalam adunan batter goreng pisang tu. Jintan hitam ni ada banyak khasiat..mat pernah guna untuk buat roti dulu, anda juga boleh baca khasiat jintan hitam dalam entri roti di sini....Blog entri pilihan DTS kali ini --> di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Pisng raja secukupnya @ apa2 pisang yang boleh digoreng
1 1/2 cawan tepung beras (mat guna cap teratai)
1 biji telur
Sedikit garam
1/2 camca teh air kapur
1 camca teh jintan hitam @ habatussauda
Air secukupnya
Sambal kicap untuk mencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung beras, telur, garam, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair. Masukkan jintan hitam, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Belah dua pisang tadi, boleh juga guna sebiji2, tapi jika saiz besar, seelok2nya belah dua. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng seperti biasa. Goreng guna api sederhana besar hingga kuning keemasan.
  3. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel, biar minyak terserap. Hidangkan bersama sambal kicap..