rsz_dsc_2231
Assalammualaikum semua. Buat apa tu, maaf, mat lambat masukkan entri, ntahlah rasa tak berapa rajin pulak sejak2 ni nak berblog. Kalau ikutkan entri macam ni tak sesuai untuk pagi hari, tapi takpe, mat letak juga, sebelum mat jadi malas. Tau tak ini sepatutnya dah masuk entri 2 hari lepas, menu hari Jumaat, anda boleh agak kan betapa "malas" nya mat gebu sekarang ni, entri bukan panas dari dapur dah..Hmmm, bulan pun dah masuk baru tapi semangat berblog mendatar saja, takde perubahan. Kalau anda lihat menu kat atas tu semua simple2 kan. Yang semua orang boleh buat, jadi mat tak payah tulis resipi. Menu ni kadang kala, yang ringkas tu yang sedap, dan laku. Menyediakannya pun cepat, cuma ada masa anak2 kita kan, mereka belum tau nak makan menu2 ringkas macam ni.


Macam ikan goreng tu, sapa sini kata tak pandai goreng ikan?..Cakap..meh sini aku rotan!!, heyy pakcik mat ni kecik2 dulu pandai dah goreng ikan, cuma siang ikan tak reti lagi lahh kecuali ikan bilis. Cuma ikan tu kita bolehlah perap dengan sedikit bahan lain selain serbuk kunyit dan garam, bukan apa nak pelbagaikan. Macam entri lepas, mat letak bawang putih dan serbuk rempah masala. Perap sekejap dan goreng seperti biasa. Yang sebelah ikan tu cuma tumis air bok choy dengan udang, kata demam, jadi lauk2 macam ni saja yang sedap...


Lepas tu abah mat, menud dia pun mudah saja, tumiskan taugeh, tauhu dan udang..sudah memadai, ada ikan masin, cuma dia suka makan nasi yang agak lembut. Bendi celur, tu mat suka, sedapp sangat, cicah air asam budu. Selalunya mat akan pilih bendi yang kontot2, cuci dan toskan buang sedikit pangkalnya. Didihkan air, letak sedikit garam dan minyak, kemudian letak bendi, celur jangan lama, sekejap saja, toskan dan boleh hidangkan...tu saja kot coretan pagi hari ni, mat pun otak macam blurr..idea pun tah mana semua pergi..Pada semua, terima kasih sudi singgah blog masak2 DTS nie, makin hambar kan...kalau anda sayang blog ni, doa2kan lah supaya mat jadi lebih rajin..yea.. Assalammualaikumm....