Assalammualaikum semua. Buat apa tu, maaf, mat lambat masukkan entri, ntahlah rasa tak berapa rajin pulak sejak2 ni nak berblog. Kalau ikutkan entri macam ni tak sesuai untuk pagi hari, tapi takpe, mat letak juga, sebelum mat jadi malas. Tau tak ini sepatutnya dah masuk entri 2 hari lepas, menu hari Jumaat, anda boleh agak kan betapa "malas" nya mat gebu sekarang ni, entri bukan panas dari dapur dah..Hmmm, bulan pun dah masuk baru tapi semangat berblog mendatar saja, takde perubahan. Kalau anda lihat menu kat atas tu semua simple2 kan. Yang semua orang boleh buat, jadi mat tak payah tulis resipi. Menu ni kadang kala, yang ringkas tu yang sedap, dan laku. Menyediakannya pun cepat, cuma ada masa anak2 kita kan, mereka belum tau nak makan menu2 ringkas macam ni.
Macam ikan goreng tu, sapa sini kata tak pandai goreng ikan?..Cakap..meh sini aku rotan!!, heyy pakcik mat ni kecik2 dulu pandai dah goreng ikan, cuma siang ikan tak reti lagi lahh kecuali ikan bilis. Cuma ikan tu kita bolehlah perap dengan sedikit bahan lain selain serbuk kunyit dan garam, bukan apa nak pelbagaikan. Macam entri lepas, mat letak bawang putih dan serbuk rempah masala. Perap sekejap dan goreng seperti biasa. Yang sebelah ikan tu cuma tumis air bok choy dengan udang, kata demam, jadi lauk2 macam ni saja yang sedap...
Lepas tu abah mat, menud dia pun mudah saja, tumiskan taugeh, tauhu dan udang..sudah memadai, ada ikan masin, cuma dia suka makan nasi yang agak lembut. Bendi celur, tu mat suka, sedapp sangat, cicah air asam budu. Selalunya mat akan pilih bendi yang kontot2, cuci dan toskan buang sedikit pangkalnya. Didihkan air, letak sedikit garam dan minyak, kemudian letak bendi, celur jangan lama, sekejap saja, toskan dan boleh hidangkan...tu saja kot coretan pagi hari ni, mat pun otak macam blurr..idea pun tah mana semua pergi..Pada semua, terima kasih sudi singgah blog masak2 DTS nie, makin hambar kan...kalau anda sayang blog ni, doa2kan lah supaya mat jadi lebih rajin..yea.. Assalammualaikumm....
15 Comments
suka masakan giniiiiii....
ReplyDeletehamboi..pepagi dah siap lunch
ReplyDeletenakk !!!!
ReplyDeletesalam. sedapnyer che mat. semua fav kami bertiga esp sambal belacan tu. asam pedas ayam smalam dah abis ker? nadia tanya terung pipit pak cik mat masak camner? pakcik? aku hempuk kepala kau nanti...abang mat ler. kahkahkah. seriuslah..muka che mat macam separuh jer usia. awet muda ke ada awek muda? hehehe lawak jer. petang sikit kami balik KL. salam mak yah dan pak brahim dan abang long.
ReplyDeletenak balik rumah!!!!!! :'( wuuuwuwuuuu kalau duk asrama mmg sah2 x dpt mn mcm ni :'( sedap2 nk blik.. wuuuwuuu
ReplyDeletesedap walaupun ringkas, tp tetap berkhasiat.
ReplyDeletewalaupun simple tapi sedap, kalau saya mesti tambah 2-3 kali ni!
ReplyDeletesesekali pekena menu kg camni.. mmg best.. mau tambah 2-3X..
ReplyDeleteThe best menu for Sunday brunch...huya to U CMG...
ReplyDeletesedapnya taugeh tue...
ReplyDeleteJom terjah sini:
1)Gambar Nabil Raja Lawak Dan Zira Berkahwin
2)Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
3) Bagaimana Nak Bagi Gigi Kuning Jadi Putih?
4) Porno Bagi Kesan Buruk Kepada Otak
salam CMG,menu ringkas tapi sedap tu yang best..lebih2 lagi ada sambal cam ni mmg ryo suka la.
ReplyDeleteSambal2 ulaman ni mmg suka sgt.kena pulak ngan ikan goreng...memang selera lah.
Mat, klu akak makan begini punya lauk mau 2 pinggan nasi....
ReplyDeletesalam DTS...sedap nyer bendi rebus tu pastu cecah air asam budu...pehhhh terliur rasanya...:)
ReplyDeletewah,,nampakk simple n berkhasiat!!
ReplyDeletemenggoda huhu..
ReplyDelete