UDANG NESTUM.....GATAL TAPI SEDAP!

P1300227
Ohh udang, gatal tapi sedap.cobaaannn's, ok petang ni mat masukkan 1 lagi entri masak2 sebelum mat gebu memulakan operasi di dapur tanpa sempadan ku. Resipi asal dari salah sorang geng masak2 MyResipi. Tapi mat buat dalam 300 gram sahaja. Sebenarnya ini semalam mat buat masa Sunah dan teman2 datang ke rumah, tapi mat masukkan hari ni, memandangkan semalam tak dann lahh nak up entri masak2 kerap sangat. Resipi dia mudah dan ringkas, sedap pun yea..hmmm tapi mat pun makan 1-2 ekor sahaja, takut kang bergaru2, berguling2 kegatalan. Resipi macam ni sedap dihidangkan segeran, kerana nestum dia rangup dan lebih sedap. Ok kita semak resipi dia yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram udang saiz sederhana
Sedikit garam*
1/4 camca teh serbuk lada hitam*
Secubit gula*
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi, hiris halus
1 tangkai daun kari
1/4 cawan susu sejat
1/2 camca besar tepung beras
1/3 cawan nestum
1 biji telur
Sedikit garam, lada hitam dan gula
1 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang digunting hujung muncungnya, kerat kaki2 kecil, cuci dan toskan. Gaul dengan bahan bertanda (*), perap 15 minit. Kemudian goreng hingga kuning keemasan, angkat dan tos, ketepikan.
  2. Telur, susu sejat dan tepung beras disatukan, kacau hingga semua sebati. Panaskan mentega dalam kuali tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga harum, masukkan udang, gaul rata. Tuang bancuhan telur tadi, gaul hingga rata dan kering.
  3. Masukkan nestum, gaul lagi, tambah garam secukup rasa, serbuk lada hitam dan sedikit gula, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera selagi panas.

Post a Comment

12 Comments

  1. sedapnya udang nestum CMG..nak try la blik sat lg ;-)

    ReplyDelete
  2. makan mase berbuka pon sodap ni abg Mat.. hehe

    ReplyDelete
  3. dan dan tu nak print...buleh wat sahur esok..hehe

    ReplyDelete
  4. walaupun udang gatai...tapi tekak mmg dok gatai nak makan ni....kita letak abe MAT punya link blog kat blok kite ek...bleh ek..@http://mawarseri.blogspot.com/2011/08/menu-berbuka-puasa.html

    ReplyDelete
  5. Dah rasa gatal mulut nak rasa ni..hehe

    ReplyDelete
  6. Dear Cmg,
    Selamat Berbuka..just wanna say thanks for that awesome recipes..Shah said they were fantastic...in fact Akbar n Firdaus..think you are one cool dude ok...have a good Ramadan,CMG...and May Allah bless you always..huya...

    ReplyDelete
  7. pinjam resepi ni..hihi esok nak try utk berbukaa yer :)

    ReplyDelete
  8. sume rsepi DTS sdap2 sume..hihi..in dh try byk rsepi dr sni..thnx ya..love to have more..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.