SAUSAGE CURY PUFF...

P1300260
Salam semua, sekejap kan 1 ramadhan berakhir, esok dah masuk hari ke-2 kita berpuasa, insya Allah. Petang tadi sebagi membalas juadah, mat buat lah sausage curry puff, ni kira nak cepat, secepat mungkin punya projek. Mat memang simpan stok puff pastry ni 2-3 paket sebagai persediaan jika diperlukan. Tapi kan baru2 ni harga dia mendadak naik, yelah macam mat ni nak beli kena juga berkira murah mahal, kalau mereka yang berduit, beruang, mungkin tak jadi masalah sangat. Setakat ini mat nampak di Tesco paling murah, tak sampai RM 4 satu paket, tapi baru2 ni dah jadi RM 4.90+ atau senang kira RM 5 macam tu..Kalau beli 2-3 paket bertambah juga kan duit, lari juga budget...

P1300264
Puff pastry dikalau kita bakar dengan betul, ianya akan jadi cantik, berlapis dan setiap lapis akan garing dan rangup. Hendak membentuknya tak boleh puff terlalu lembut, tapi kalau terlalu keras ianya akan patah. Jika oven anda memiliki kipas, sila on kan masa membakar puff pastry, mengikut petua makcik Marta Stewart yang femes tu, masa membakar pastri berlapis kita harus on kan kipas, ini akan menambah kerangupan dalam puff pastry tadi, kerana udara panas akan membantu ianya menjadi lebih gebu dan garing...macam tu lah dia pesan kat mat..seriuss...haha, tak lah dia kata kat TV, jadi mat dengar..tu jeeee... Ok jom semak resipi senang nih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 batang sosej ayamas, didadu kecil
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 pelepah daun kari, dilurut
2 keping hirisan nipis halia, cincang halus
3/4 camca besar rempah kari daging
1 camca besar sos cili
Garam jika perlu (mat tak letak)
Sedikit air
1 paket puff pastry jenama KAWAN bersaiz 4 inci x 4 inci
1 biji telur, untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masuk rempah kari, sos cili dan juga air, kacau rata dan tumis hingga rempah garing. Gunakan api kecil.
  2. Masukkan sosej yang didadu tadi. Kacau rata, tuang sedikit lagi air dan biar kering, jika perlu tambah garam. Sejukkan.
  3. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 bahagian, 1 bahagian dikelar2, satu lagi letakkan 3/4 camca besar inti, ceduk isi sahaja, minyak diketrpikan. Ratakan dan tutup dengan bahagian berkelar, kemaskan dan tekan tepi2nya dengan garfu.
  4. Alih dalam dulang pembakar, sapu dengan telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 195C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, jika oven anda ada fungsi kipas, on kan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...

Post a Comment

14 Comments

  1. terima kasih pcm bagi puff pastry hari tu...

    ReplyDelete
  2. @ sunah - sama2....nanti boleh buat eks..

    ReplyDelete
  3. terlal?

    hehe

    pcm terbaik..skil tgkap gmba kene blja ngn pcm haha

    ReplyDelete
  4. sedapnye ~ tgk gambar dah terliur :) wanna try this laa :)

    ReplyDelete
  5. tiba2 terasa lapar

    ReplyDelete
  6. emmmm, dapat idea...senang je..tq abe MAT..

    ReplyDelete
  7. Mat jenuh aku cari puff pastri kat tesco sini.. tak jumpa2.. ke mata aku yang kero ni.. hehehe

    ReplyDelete
  8. betul tu che mat....harga puff pastry paling murah kat tesco...
    sekarang ni dah jadi mahal lak kan,..
    sama jerk harganya ngan puff pastry kat giant, carefour @ hero....

    ReplyDelete
  9. Che mat nak tanya brp suhu utk bakar puff ni sbnrnya? lagi 1 puff yg fiber tu bila dibakar mcm tk garing mcm puff yg biasa, ke mmg mcm tu struktur dia?

    ReplyDelete
  10. nina : klu kat tesco puchong byk(tlg jwp kan ye cik mat)
    saya kena buat nie..ada 2 paket puff pastry nie kat umah..hehehehe..

    cik mat mcm mn nak bg kekal garing pastry yg kita dah bakar yek?

    ReplyDelete
  11. Salam abg MG,
    Salam Ramadhan...selamat berpuasa!!!suka cari idea masak kt sini....

    ReplyDelete
  12. Wahhh macam sedap jer.... hari tu dah cuba yg inti ayam...anak2 suka sangat.
    Boleh buat utk berbuka petang ni...nak kena cari puff pastry jap lagi.
    tq Mat....tiap kali bulan puasa blog awak jadi pilihan utama akak mencari idea nak memasak apa hari-hari....
    konon2 tahun ni nak pecah rekod nak masak hari-hari...hehe ya lah tuuuu...

    ReplyDelete
  13. cik mat, sy minta izin kopipes teks ni ..

    "Puff pastry dikalau kita bakar dengan betul, ianya akan jadi cantik, berlapis dan setiap lapis akan garing dan rangup. Hendak membentuknya tak boleh puff terlalu lembut, tapi kalau terlalu keras ianya akan patah. Jika oven anda memiliki kipas, sila on kan masa membakar puff pastry, mengikut petua makcik Marta Stewart yang femes tu, masa membakar pastri berlapis kita harus on kan kipas, ini akan menambah kerangupan dalam puff pastry tadi, kerana udara panas akan membantu ianya menjadi lebih gebu dan garing...macam tu lah dia pesan kat mat..seriuss...haha, tak lah dia kata kat TV, jadi mat dengar..tu jeeee... Ok jom semak resipi senang nih.."

    sy nak letak di blog sy ye...
    thanks!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.