P1300783
Salam Isnin, selamat pagi. Kali ni tak sempat nak masukkan masakan untuk berbuka., sebab masak biasa2 saja. Ok, nak share biskut dahlia, walaupun banyak kali buat tapi mat tetap letak juga. Bukan apa ada yang tak yakin dengan resipi yang mat letak, depa kata lepas bakar jadi kembang, loose sharp, pattern tak de...huh, macam mana boleh jadi gitu. Mat buat dah banyak kali, dan resipi ni pun bukan asal mat yang punya, tadi dari sorang geng R-Net. Tapi alhamdulillah, resipi beliau bukan sahaja sedap malah cunn dan menten dia nya corak. Bukan nak kata apa, sedara mara tua mat pun kata biskut dahlia ni sedap. Semalam mat buat 2 adunan dan 1 kati mentega!!!....1 kati = 600 gram..pitammm >_<


Mat gunakan butter Anchor, kalau dulu mat guna butter GC, tapi sekarang jangan memain, HARAM sudah itu GC. Namum begitu rasa tak banyak berubah. Satu lagi, jenis mentega juga akan memberi kesan dari segi rasa, terutamanya. Ok kalau anda tak percaya cer tengok gambar tu, belah kiri biskut dahlia yang belum dibakar. Belah kanan tu yang dah siap bakar...amacam shape dia tetap ada kan walaupun sedikit turun. Tu adat lah, kalau nak kekal shape macam yang kanan tu, buat biskut tiruan, sah sampai kiamat dok macam tu saja. Petua sama yang sering mat bagi tau, jangan putar mentega dengan gula aising sampai kembang, setakat sebati sudah memadai. Satu lagi cara membakar, tapi ni ikut oven masing2. Kalau oven besar yang boleh muat loyang pembakar 14 inci x 14 inci tu, anda kena tau teknik nya supaya biskut bakar sekata. Selalu mat bakar pada suhu 170C - 25 minit. Lepas 10 minit anda bakar. Pusingkan loyang tadi ikut pusingan jam. Lepas 5 minit, pusing lagi, sampai anda nampak biskut kuning sekata. Mat guna api atas dan bawah, loyang pula pada ke dudukkan rak ke-2 dari bawah. Lepas bakar, biar 2-3 minit dalam loyang sebelum alih atas redai, sejukkan...Ok mat tulis resipi sekali lagi....jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS, Anchor, atau mentega pilihan anda)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna beberapa titik esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga bersatu (jangan sampai kembang), masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga sebati.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan boleh ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 minit. Bergantung pada ketebalan biskut. Bakar hingga kuning keemasan.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.