NO TIME PIZZA......CEPAT DISEDIAKAN...

P1300152
Assalammualaikum, selamat malam. Untuk entri terakhir ni mat nak share satu resipi mudah sangat, kira kalau nak cepat kan, boleh try buat ni, tapi dengan syarat...kena ada ready made pastry yang macam mat guna untuk resipi ini...Pastry jenama KAWAN ni mat beli di Econsave, tapi kan tak pasti lah econsave di tempat anda. Yang pasti kalau mana2 dok Kulai, insya Allah boleh dapat di Econsave sini, dan mungkin di Senai juga. Mat rasakan untuk bulan puasa ni, ianya amat berguna untuk mempelbagaikan juadah, yelah ini untuk mereka yang ada masa atau waktu di hujung2 minggu. Nanti mat akan cuba pelbagai gunakan pastry ni..kena lah tunggu, kasi aku fikir dulu nak derhakakan macam mana lagi...Tapi untuk malam ni......

P1300148
Mat buat pizza, ini pun sebab nampak kat paket pastry tu, cuma mat gunalah gaya sendiri. Mat guna sekeping pastry tu, yang bersaiz kurang lebih 8 inci x 8 inci kalau tak silap, tapi kan mat bakar sekejap sebelum letak bahan2 atasnya. Bukan apa bertujuan mengelakkan ada bahagian yang tak masak, sebab ini bukan macam roti, tapi pastry yang berlapis. Ok lah mat tulis yea apa yang kita perlukan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping "Flexi Pasti" bersaiz 8 inci x 8 inci
2 batang sosej Ayamas, hiris
Sedikit hirisan traffic light capsicum (merah, hijau, kuning)
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 biji cendawan butang, hiris nipis
3 camca besar sos tomato
Hirisan keju mozarella secukupnya
Sos kegemaran

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C. Tanggalkan plastik lapis yang ada pada pastri tadi, letak atas loyang pembakar yang telah dilenser dengan sedikit minyak zaitun. Bakar pastri tadi selama 15 minit. Kemudian keluarkan.
  2. Sapu sos tomato atasnya dan ratakan, susun traffic light capsicum, bawang, cendawan dan hirisan sosej tadi. Akhir sekali susun hirisan keju mozarella atasnya. Masukkan kembali dalam oven dan bakar lagi 10 minit hingga keju mencair dan sedikit peerang. Keluarkan dan boleh dihidang bersama sos kegemaran.....hmmm.

Post a Comment

14 Comments

  1. wah... nampak sedap di gambar... klo dah telan apetah lagi... !!!



    bila la nak merasa pergi johor nih

    ReplyDelete
  2. wahhh..sedapnyaaa..

    oh ya, tqah ada ambik gmbr dan linkan kat blog DTS untuk entri tentang blog masak-masak paling digemari.

    ReplyDelete
  3. @ shahjiehan - yang ni senang dibuat..

    @ atiqah - terima kasih...sekarang juga pcm pergi tgk...zaaasssss!!!

    ReplyDelete
  4. pcm amik pastry y tak berlapis ke?

    cm leper dr y dlu

    ReplyDelete
  5. @ iffah - yang ni bukan jenis puff pastry yang naik tinggi tu, ni jenis lapisan dia tak banyak..

    ReplyDelete
  6. terasa lapo bila bc tetengah mlm membuta cenggini.huarghhhh CMG kau mendera perasaanku,nak berdiet la ...sbr2...

    p/s:Senai tu cm nama sendai kat Japan..

    tmpt sorang blogger ni belajar..

    http://hanasakura-tomodachi.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. sodap sodap sodap. memang tempting!! huhu.

    ReplyDelete
  8. mat,
    amie baru sampai ni, flight delay.... pizza masih ok kan... bolehlah buat sarapan pagi...

    ReplyDelete
  9. wah ni pizza ala2 domino tu..pastry dia rangup eh mat? nmpk sedap dn mudah.. :)

    ReplyDelete
  10. wah boleh buat. senang jer. kalau beli pizza sekarang, sekeping RM40! Dengan buat sendiri boleh letak apa saja bahan kita suka. Thnx CMG. Nanti nak suruh unclepali gi cari pastry ni kat Hero.

    ReplyDelete
  11. wahhhh nampak sedap..mesti tak muak kan sebab puff dier nipis

    ReplyDelete
  12. nak pizzaaaaaaaaaaaa... untuk orang demam takde ke..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.