BEN ASHAARI

Monday, July 25, 2011

STRAWBERRY IN HORN PASTRY..

P1300126
Assalamualaikum semua..salam malam, panaskan cuaca, berbahangkan. Petang tadi mat saja nak test satu benda baru..Tapi terlebih dahulu nak ucap terima kasih pada geng masak2 mat Puan Yani, sebab mat nampak dia guna sejenis pastry jenama KAWAN. Beberapa hari lepas masa mat ke econsave, ternampak pastry yang Yani guna tu..terus ambik..Bila balik tengok pastry tu kita pelbagai guna nya, nak buat pizza pun boleh, tu yang mat nampak kat gambar dia lah. Lagi satu yang mat beli tu jenis tepung yang ada sekam jadi kira berserat tinggi, cuma pastry dia tak delah seputih macam puff pastry. Kalau yang tepung biasa, mungkin putih kan.

P1300130
Bila dan beli tu, mula lah fikir nak buat gaya macam mana lah. Teringin mat ada beli satu benda yang khas untuk kita buat roti atau pastry, bendanya seakan2 tanduk tajam. Kita balut dengan doh atau pastry diluarnya dan bakar..nanti boleh lah pelbagai gunakan. Macam mat kali ni guna pastry tu, mat potong dalam jaluran selebar 1 cm dan balut keliling kon tanduk tu. Bakat dan sejukkan, boleh guna. Sebagai percubaan mat buat tak banyak dalam 6 macam tu...Ok jom kita semak resipi pulak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping pastry "Flexi Pastry" jenama Kawan (gambar dibawah)
6 kon khas untuk membentuk pastry tanduk
Beberapa biji buah strawberry segar, didadu
Krim putar secukupnya (mat guna yang sedia guna dalam tin)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tabur sedikit tepung pada permukaan flexi pastry tadi. Potong jaluran selebar 1 cm, kemudian berhati2 balut pada kon tanduk tadi. Pasti kan muka dari bucu yang tajam membawa ke keatas, pastikan lilitan anda bertindih. Buat hingga siap dan susun dalam dulang pembakar. Buat sama hingga habis kon tadi.
  2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit. Keluarkan dari oven, biar sekejap dan tarik keluar kon tadi, dapat lah hasil seperti gambar atas sekali tu (yang bersebelahan dengan strawberry tuu).
  3. Paip kan whipping cream dalam tanduk tadi, tabur sedikit cincangan strawberry, kemudian paip lagi whipping cream hingga penuh kon tadi. Tabur lagi strawberry sebagai hiasan seperi dalam gambar.... Selamat mencuba

19 comments:

Nurhasliza Jeffry said...

Ya Allah, ranumnya nampak stoberi tu. Dah save dah resipi ni. Nak try buatla. Tengok yang Mat gebu punya ni, memang teliuq. TQ resipinya ye. =)

Nur said...

macam bentuk ice cream. tentu sedap. CMG pertama kali saya tgk acuan tu. boleh cuba lah resipi ni, tq sharing resipi

Sis-Lin said...

wahhhhhhh lain dr yg lain le...aku ingt ekrem apa la td..
ni ekrem no berapa ni mat??? hahahahah

mat..rangup eh kon tu?

Sunah Sakura said...

perghhhhhhhhhhhhhhh! ni da melampauuu!!! sila buat masa saya datang sedenak!!!

~..Lesung Batu..~ said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~

JIJI YU said...

ehehe..gebu nye tgn itu

reyna said...

sedapnya

Mat Gebu said...

@ nurhasliza - yeah, try nanti ok.

@ nur - kalau nak letak ais krim pun ok dalam dia.

@ sis_linn - hahahha...ni versi no 3 1/2 linn..hadoi tak leh lupa eskrim no 3 tu..

@ sunah - hahhaha, i no comment yeaa..

@ lesung batu - hahaha, ehem ehem..

@ jiji - haha, nak nama mat gebu, jadi jari kenalah gebu..kann

@ reyna - kena cuba dulu yea..

azila said...

en.mat..kalo taruk eskrem ganti krim putar tu bleh ker?ker nanti kon tu akan jd lembik...heheh

Mat Gebu said...

@ azila - Bolehh sangat, scoop ice cream tu masa kita nak makan., kalau buat lebih, boleh simpan atau "paksa" budak besar kasi habis kan..

WaniGhani said...

iskk..patutla cream horn fav saya tu mahal...remeh juga nak membuatnye..huhu..tapi sedapp...

ni yang rangup macam tat kan CMG? yang saya mkn tu pastry dia ala2 puff..rapuh..

azrinna said...

Memang best makan waktu2 panas ni. Kat econsave muar saya tak jumpa Flexi Pastry. Yg ada yang biasa saja. Nak try carik kt giant pulak. kot2 ada.

Mat Gebu said...

@ wanighani - yang ni rangup ala2 puff pastry, cuma puff pastry tu rapuh sangat, yang ni just nice.

@ azrinna - kadang2 bukan semua econsave ada, ni pun tah apa nasib boleh ada, ingat nak beli lagi topup utk bulan puasa...

Rozita said...

CMG, harus letak ice blend yg baru buat aritu dlm ni pastu baru pipekan whipping cream tu kan.. wah marveles.. err.. kon tu mahal tak cik mat?

Mas said...

perrhhhhh.....tergodanya tengokkkk...

WaniGhani said...

oohh...saya rasa sama la CMG..oo senang ada yang readymade!

WaniGhani said...
This comment has been removed by the author.
zuwaidah said...

apsal laaaa sedap sgt nihhhh

Isteri Encek Bard said...

HENGAT ESKRIM TADIK....