MI HOON KERANG.....PAGI TADI PUNYA..

P1300153
Salam petang....biasa sangat lahh entri si mat gebu ni, tah hapa2..tu lah kan, tak kesah lah hapa2 ke hapi2 ke, janji ada entri. Ini mat masak pagi tadi, kebetulan bonda sedara mat datang, jadi dari kosong kan, mat goreng lah mi hoon, tapi dia datang pun bawak kueh mueh tadi, ada lepat pisang, kueh rengas, cok badak, karipap dan pisang goreng..kus smangat banyak kan. Tambah pulak dengan mi hoon kerang...wahh meriah sangat lah. Mat pun masak dalam 200 gram mi hoon yang belum direbus, kira banyak juga tu, lebih nya bagi kat anak2 buah....

P1300154
Ini mat masak seringkas yang boleh, sebenarnya mi hoon sesuatu bahan mentah yang begitu versatile, boleh dipelbagai gunakan mengikut citarasa kita. Tapi ada masa boring juga kan mi hoon, huhu, bagi mat kan, mi hoon lebih mat minati dari mi kuning, ini kerana mi kuning ada ubat pengawet yang kalau tidak betul sukatannya, boleh menyebab kan kita sakit perut. Ada kala, kalau kita goreng mi kuning dan letak dalam periuk aluminum nanti akan ada bekas2 mi pada dasar periuk..tu tanda mi kuning lebih ubat, satu lagi mi tadi akan bau ke"telur'an walaupun pada asasnya mi kuning komersial tidak menggunakan telur dalam resipi mereka...Ok kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon, rendam atau rebus hingga lembut dan toskan
1/2 cawan isi kerang (yang ni ikut budget)
1/3 cawan isi udang
1 camca besar cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya
100 gram taugeh
2 biji telur, dibuat telur hancur
2 keping tauhu keras, dadu kecil, goreng dan toskan
Hirisan daun bawang sebagai hiasan
Telur mata kerbau, sebagai hiasan
Sambal tumis kerang (optional)

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sos cili, sos tiram dan sedikit sos ikan. Kacau rata. Masukkan kerang, tauhu, telur hancur dan udang, gaul dan biar udang masak sekejap. Masukkan mi hoon dan gaul rata, gunakan api sederhana.
  2. Tambah sos ikan secukup rasa, dan akhir sekali masukkan taugeh. Gaul dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama telur dan sambal tumis kerang, jika suka...


Post a Comment

14 Comments

  1. cantiknya pinggan biru tu...berkenan la...

    ReplyDelete
  2. wahhhhh CMG hali-hali kerang, ternoda ngan kerang.... lama tak makan kerang nie.....

    ReplyDelete
  3. teringin pulak nak makan mihun (>_<")

    ReplyDelete
  4. mmg betol2 habiskan stok kerang ni..hahaa

    ReplyDelete
  5. Apa apa je yang berkenaan dengan mihun, I like!

    ReplyDelete
  6. - cek mat masak ape pon sedap...

    ReplyDelete
  7. mas pun suka letak sambal kerang kat bihun klu sarapan kat kedai...
    sedapppnya....

    ReplyDelete
  8. Salam.
    Hehe. sy bkn nk komen entri ni tp nk inform kat Cik Mat yg Golden Butter Churn tu sbnrnya halal... Sy tgk Utusan 2 hari lepas. Mmg dorg dh sahkan benda tu halal. So no worry to use okay! =)

    ReplyDelete
  9. Tak habis2 CMG goda Kjee dengan masakan yang bubuh kerang. Kena cari kerang dalam masa terdekat ni. Masak apapun tak kisah janji dapat makan kerang sebelum bermula Ramadhan!

    ReplyDelete
  10. adusss bihunnn ni faberet ni... masak la mcm mana pun gerenti habis ku telan.... gambar2 mat ni semuanya menyelerakan lah...

    ReplyDelete
  11. sgt tempting sambal tu CMG..lagi2 bila nampak bawang tersembul2...maveless!!

    saya juga lebih gemar bihun dari mee kuning..sebab itu juga hubby yg penggemar mee dah kurg mkn mee...saya tak suka bau/rasa kapur tu..

    ReplyDelete
  12. telur tu klu kuningnya cair..perghh..lg sedap!!

    ReplyDelete
  13. en.mat..nampaknya masih byk stok kerang aritu...zla nak masak berasakan kerang kena ari cuti jer, sbb malas nak kopek:)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.