Salam malam semua, huhu ni hari masa tak mengizinkan mat memasak, cuma sempat post 2 entri masak yang cikai2 jee. Hari ni bonda berpuasa, lepas tu kan, petang tadi keluar pulak, balik2 je lagi 5 minit nak jam 7 malam...waaa Nora Elena episode akhir pulak..hadoii...cepat2 siap kan meja makan untuk bonda berbuka sambil goreng ikan bawal dan karipap. Settle semua pi lah menonton...tapi bagus juga bila masa azan maghrib, ia agak lama tambah dengan iklan lagi, jadi sempat lah menunaikan apa yang patut. Oppss, terlari topik pulak. Entri malam ni sebenarnya mat tujukan khas pada "Puan Lily Haslina Nasir"..Siapa kah ini orengg...kalau anda nak tau dia ni lah penyelaras bahagian resipi di Majalah Jelita dan kak lily juga bertanggungjawab membawa blogger2 masak ke Jelita..waaa...pengsan kan...
Tu hari mat ada sms kak lily dan dia ada kata akan bersara dari Jelita setelah berkurun2 lama bersama Jelita. Ini kerana hambatan kerja dan date line yang harus dihadapi oleh beliau. Mat berterima kasih pada beliau, rasanya bukan mat sorang saja, mana2 blogger masakan yang pernah menghiasi dada Jelita pasti akan berfikiran sama macam mat. Besar jasa kak lily ni, kami bukan lah golongan profesional, jauh sekali pakar dalam bidang masakan. Cuma bila penat lelah kami berblog masak2, tiba2 dapat perhatian pihak media segah macam Jelita, terus kami rasa teruja sangat2....memang berterima kasih tak terhingga pada Jelita dan mereka2 yang bertanggungjawab.
Masa mula2 dulu mat ingat kak lily bergurau saja pasal DTS ke Jelita, yea tak yea jeee..Sekali betul, hmm..boleh klik sini.. Atas jasa beliau, dapat lah resipi DTS dimuatkan ke dalam Jelita sebanyak 9 keluaran, tapi bukan semua keluaran memaparkan resipi yang banyak, ada tu segmen langkah demi langkah, tapi pada mat itu sudah memadai. Terima kasih tak terhingga pada kak lily kerana nampak blog dts-mat gebu, kak ummi kuantan, hana jepun, mamafami, kak nor secubit garam dan mereka2 yang profesional, untuk dimuatkan ke dalam Jelita..Akhir kalam, mat sertakan serangkap pantun untuk Puan Lily Haslina...
Masa mula2 dulu mat ingat kak lily bergurau saja pasal DTS ke Jelita, yea tak yea jeee..Sekali betul, hmm..boleh klik sini.. Atas jasa beliau, dapat lah resipi DTS dimuatkan ke dalam Jelita sebanyak 9 keluaran, tapi bukan semua keluaran memaparkan resipi yang banyak, ada tu segmen langkah demi langkah, tapi pada mat itu sudah memadai. Terima kasih tak terhingga pada kak lily kerana nampak blog dts-mat gebu, kak ummi kuantan, hana jepun, mamafami, kak nor secubit garam dan mereka2 yang profesional, untuk dimuatkan ke dalam Jelita..Akhir kalam, mat sertakan serangkap pantun untuk Puan Lily Haslina...
MALAM TERANG CAHAYA BULAN.
TAPI BINTANG TIDAK KELIHATAN,
TERIMA KASIH KAMI PADA PUAN,
JASA MU SELALU DALAM INGATAN.
TAPI BINTANG TIDAK KELIHATAN,
TERIMA KASIH KAMI PADA PUAN,
JASA MU SELALU DALAM INGATAN.
14 Comments
tapi bintang tidak kelihatan
ReplyDeletemungkin semalam gerhana bulan
jasamu selalu dalam ingatan
selagi hayat dikandung badan
ahaha..semenjak masok blog pcm ni..dah semakin bersemangt nak mule masak balik macam belajo kat obersi dedulu
ReplyDeletetmpang sedih
ReplyDeleteharap ade lg org perasan
bakat PCM yeah!
Betul ke Puan Lily nak bersara dari Jelita? Mama pun nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Lily kerana memberi peluang kepada mama untuk merasa 'excited' keluar kat majalah, walau hanya resepi yang biasa-biasa aje tu. Kesempatan yang tak pasti akan berulang lagi. Terima kasih Puan Lily.
ReplyDeleteSaya bukanlah pembaca Jelita. Bukan juga blogger tegar. Sangat baru di dunia blogging. Tapi blog seperti Mat Gebu, Mamafami & Hanieliza seringkali menjadi rujukan bila terlupa resepi atau mencari resepi yang tak diketahui. X sangka kalian ni rupanya dah masuk majalah Jelita selama ni. Thumbs up!
ReplyDeleteMALAM TERANG CAHAYA BULAN
ReplyDeleteTAPI BINTANG TIDAK KELIHATAN
KAK ES PUN TERIMA KASIH KAT CHE MAT GAK
SEBAB HARI2 DAPAT RESEPI BEST!!!
~ahaks, tetiba je
CMG tahu tak Kjee adalah pengasas majalah Jelita? Masa itu Kjee jadi wartawan bersama Salmah Mohsein, Maizam Abdullah Sani dan Khatijah hashim. penagarngnya Zaharah Nawawi kalau Kjee tak silap.
ReplyDeleteLily Haslina Nasir..very humble ! Tahniah! semoga terus berjaya dalam apa saja.
ReplyDeleteSelamat bersara
selamat pagi cik mat terima kasih atas pemberitahun ini
ReplyDeleteuntuk kak haslina.... semoga apa jua yang diceburi.. berjaya..
dan......... lepas nie sukarlah nak jumpa geng2 masak2 dalam jelita..
kan cik mat....
hu hu hu tapi x bermaknan yg aku yakkan teruskan dr membeli..kerana Mu Kak Lily masukkan geng2 blogger masak..kerana itu lah aku beli JELITA...:)
ReplyDeletesalam che mat..
ReplyDeletesebelum ni dah baca kat blog penulis novel ainin naufal yg keluar sama2 dgn k.nor dlm jelita mei baru2 ni yg lily nk bersara dr Jelita. sedih jugak masa membacanya..
nak tumpang wish kat sini gak ya che mat (terima kasih ya..)
jutaan terima kasih buat lily yg dah memberi peluang pd k.nor utk muncul di Jelita 2x (April dan Mei)semoga Allah membalas segalanya dan semoga lily terus sukses dlm apa juga bidang yg diceburi.. mekasih sekali lg..
BERLAPIS CEMPAKA DISISI KEKWA,
ReplyDeleteINDAH REDUP DIHIAS MELATI,
JASAMU SENTIASA KEKAL DI JIWA,
SEMOGA KEHIDUPANmu SENTIASA DIBERKATI.
Mat, ko nangis ke...hehehhehe
ReplyDeletePERNAH BERCAKAP BELUM BERTENTANG MATA
BANYAK JASANYA MOGA DIBERI PAHALA
CABARAN DAN MASA MENGATASI UPAYA
WALAUPUN LILY BERSARA DGN JELITA
ADA DIBISIK PROJEK BARU DALAM KEPALA
SAMA2 KITA TUNGGU MOGA BERJAYA...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete