Salam malam...sebelum tidur kita lihat satu resipi berprofile tinggi....wahh penggsann kann..huhu. Ni sebab nak menghabiskan stok telur itik Ipoh mali punya...Jadi mat masak lemak cili padi dengan belimbing. Belimbing pulak memang ada kat pokok di kawasan tanah rendah, tengah berbuah. Sesuai lah kan gandingkan dengan telur itik. Kuah dia nampak kemerahan kan sebab mat guna cili padi merah Thai dan kunyit dia agak kurang...huhu, tapi sedap lah, ada rasa masam2 dan lemak dan pedas serta haruman serai dan daun kunyit...hmm teringat sorang teman blog mat yang suka juga makan gulai telur itik ni. Tapi kan kalau bonda masak, rasa dia lagi sedap lahh, mungkin air tangan masing2 kann...Sebelum tidur tu jommm vote DTS kat sini...
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur itik, cuci bersih2
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat2
10-15 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus untuk setiap biji
1 keping asam gelugor, jika perlu
700 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
30 biji cili padi merah thai*
1/2 inci kunyit hidup*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur itik, cuci bersih2
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat2
10-15 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus untuk setiap biji
1 keping asam gelugor, jika perlu
700 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
30 biji cili padi merah thai*
1/2 inci kunyit hidup*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalam periuk, satukan bahan tumbuk halus, santan cair, serai titik dan masak hingga mendidih. Perlahankan api. Pecah kan telur itik satu persatu dalam kuah, pastikan ianya tidah bertindih antara satu sama lain. Masal dengan api perlahan hingga telur mengeras, berhati2 kacau perlahan2.
- Tambah santan pekat, asam gelugor dan perasakan dengan garam secukupnya dan juga secubit gula. Biar mendidih dengan api kecil. Masukkan asam belimbing dan daun kunyit, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh mati. Hidangkan bersama nasi hangat...
18 Comments
Kena sangat belimbing buluh dan telur itik...best!
ReplyDeleteCik Mat, saya dah undi Cik Mat..semoga berjaya dan terus berjaya!
hai cik mat...sudi la kiranya cik mat jenguk blog kak ina ye :)
ReplyDeletekalau derhaka sikit guna telur rebus boleh tak abg mat??
ReplyDeletehuarghh!!!
ReplyDeletepatut makin kurang telur2 dekat blog nad!!!!
huhuhu
feveret kakchik ni cik mat. ari-ari pun tak pe. hihi
ReplyDeletesalam tengah mlm cik mat!hah,tlor itik masak cili padi ngan blimbing?harusssss k.jah c0ba bes0ksbb telor itik n blimbing dok sengih2 dah kat dapo tuh..tengkiu cik mat..k.jah amek resepi taw..gud nite..take care!
ReplyDeletewaah sedapnya tetiba lapar memlm cmni la nak try buat guna itik selalu buat ayam ja :)
ReplyDeleteooowww...sedapnyeeee......
ReplyDeletebest2...
ReplyDeleteNyum2, nampak menyelerakan.
ReplyDeleteEntry terbaru -> Jom Join Rm30 Topup Giveaway Oleh Budak Botak... (",)
Assalamulaikum Mat
ReplyDeletebelum pernah masak telur itik selama ni mat, ko percaya tak..?? sebab kak ct tek pernah makan telur itik yang dimasak, kecuali dah dibuat telur asin jer.. hihihi
memang tinggi profile nya,sedapnya aduh lapaarrr
ReplyDeleteaduii meleleh air liur tgk gulai lemak pepagi hari. percaya dak saya penah buat gulai lemak telur masin kerana ku sangkakan telur itik bese..first time org kawen letak telur masin jadi bunga telur ihihih
ReplyDeletetelur itik gulai.....sedap ngat...
ReplyDeleteCik Mat.. kalu ada byk lg belimbing buluh tu.. blh buat Sambal Hitam.. sedap amat.. =)
ReplyDeleteCMG...
ReplyDeletealahaiii...telor itik mmg sedap buat masak mcm gini...bila la angsa sy nak betelur lg ni...addehhh...
p/s sgt terharu nih sbb CM dtg ke blog sy dan komen...huhuhuhu...
telur lagi che mat...sedap tuh! lunch jap lagi nak cari msk lemak telur itik...^^
ReplyDeleteSaya suka ni masak lemak telor itik. Dah lama betul tak makan. Tapi stail Cik Mat masak ni special sikit. Tak pernah rasa lagi camni.
ReplyDeleteNanti nak pegi rumah cik mat la, nak rasa sikit... ;)