P1270448
Salam semua, petang sudah..panas lahh, lepas tu bosann jee...hadoi blogg..pakkal jee aku sayang kat koo, kalau tak aku tinggal kan ko jauh-juah...hmmm. Petang ni memang idea zero langsungg, mat rasa macam malas nak post N3, sebab apa...sebab tuu nampak tak, menu dia...jenis teramat biasa2..Tapi ok lahh, panas2 elok makan yang lite2 macam tu. sup bayam tu nama nak masuk blog, kalau kat kampung panggil tumis air. Bayam tu murah je 1 ikat RM 1, lepas tu nak bes, letak cendawan tiram sikit..bertambah lah manis. .Ok semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat bayam hijau, siang berasingan daun dan batangnya, cuci dan toskan
6 kuntum cendawan tiram, potong kecil
1/2 camca besar udang kering, rendam dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, dititik
Air secukupnya
Garam dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga harum, tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
  2. Letak bayang bayam dan masak hingga lembut, tambah daunnya dan juga cendawan tadi. Perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan segera. Sedap dimakan begitu sahaja..