P1270253
Salam morning....erhh ni hari Ahad kan..mesti semua ada perancangan masing2. Ada tu bayar hutang pun yeaa juga ..."zzzzzz". Tadi kat SB ,mat letak satu status, hari Isnin - Ahad adalah sama pada mat gebu...Ada yang tanya kenapaaa...haha, sebab nya aku dok berblog dan on tenet sepanjang hari. Kadang2 mat rasa bosan juga nak on9, tapi cuma bosan 1o minit, lepas tu gelabah balik cari laptop, nak on9..kira dalam kategori normal ke tak eks si mat nih?..hmm. Sementara sempat ni mat update kejap, pagi ni BF makaroni goreng ala mamafami, tapi as usual derhaka nya gaya, ikut apa yang ada kann. Ok mat tulis resipi dia, terima kasih pada MamaFami dan ampon atas kederhakaan ku ini yeaaa..

BAHAN-BAHANNYA:-)
150 gram makaroni yang belum direbus
1 keping daging burger, dihancurkan
15 pokok daun kuchai, hiris kasar
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar sos tomato
1 camca teh jintan manis, tumbuk hancur (mat guna serbuk)
1 cawan air
Garam secukup rasa
Cili merah, dibuang biji dan didadu kecil

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus makaroni dalam air mendidih bergaram hingga lembut, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, tambah cili kisar, jintan manis dan tumis hinggga garing. Masukkan daging dan kacau rata.
  2. Tambah sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau rata dan tuang air. Biar mendidih dan daging masak. Masukkan makaroni dan gaul. Tabur kuchai dan kacau rata. Tambah garam secukup rasa. Ok, boleh matikan api.
  3. Tabur cili merah yang telah didadu tadi sebelum dihidangkan....Jomm sarapan semua!!!..