P1260988
Salam semua, jumpa lagi dengan N3 biasa2 dari mat gebu tuan punya DTS....Pagi tadi mat masak nasi goreng kan, biasalah resipi ulang tayang tapi berbeza. Bercerita pasal ulang tayang ni, dia ada 2 tau, satu ulang tayang tapi "pelokon" sudah bertukar..lagi satu ulang tayang cerita lama, pelakon sama, watak sama, nada serta tonasi suara pun sama..kann. Kali ni mat ulang tayang juga tapi lauk tradisi kita orang2 kampung (tapikan, pernah ke eks, mat letak resipi ni kat sini?..hmmm). Anda makan daun pegaga?..selain sedap dibuat ulam atau jus, ianya sedap dimasak lemak dengan ikan masin kurau. Mat guna tulang kurau. Satu petua mat kalau guna tulang ikan kurau terutama bahagian tengah yang ada segmen2 tu, kita kerat masa nak masak, kalau beli yang sudah sedia kala dipotong, sum-sum tengah nya sudah kering dan ini kurang sedap...seriusss nih, ini ikut pengalaman mat masak.. Ok jom semak resipi mudah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Pokok pegaga secukupnya (anggaran 300 gram)
5 ketul keratan tulang ikan kurau yang masih berdaging
2 batang serai, dititik
200 ml pati santan
800 ml santan cair
1 keping asam gelugor
Garam (jika perlu) dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3 biji cili merah*
2 inci isi cekur*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pegaga dibersihkan, buang akarnya, dan kerat bahagian lain, toskan. Dalam periuk, satukan tulang ikan kurau (toskan dahulu), serai dan bahan kisar halus, kacau, santan cair dan jerang hingga mendidih.
  2. Masukkan pegaga dan asam gelugor. Tambah santan pekat, perasakan dengan garam (jika perlu) dan gula secukupnya, biar mendidih sekejap sahaja. Matikan api rasa dan jika ok boleh hidangkann....hmmm