DAGING MASAK HALIA "MELELEHHH"...

P1270299
Salam semua, mohon ampon dan maaf sebab keterlewatan meletak N3..tapi kan hmm ada ke yang kesah kalau mat update ke tak...yelah kan kita ni siapa lahh...ada tak de sama jee...huhu, hmm tak pelah petang ni mat kongsi satu masakan ringkas untuk anak2. Mereka suka masakan yang ringkas, dan kita pun senang nak masak tak banyak karenah. Orang dewasa pun suka masak macam ni, makan dengan nasi putih atau pun bubur nasi...aduh memang kenakan, kenapa yea mat letak nama daging masak halia "melelehh"...hahah saja sebeb mengenangkan perkataan "meleleh" tu yang begitu sinonim dengan jiran mat dalam Vlog pertama beliau dulu...kann Yuyu Zulaikha... ok jom semak resipi sempoi sangat nihh...

BAHAN-BAHANNNYA :-)
400 gram daging batang pinang, hiris
2 inci halia muda, hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili merah, hiris
1 1/2 camca besar sos tiram
3 camca besar kicap cair
Secubit gula
Hirisan daun kuchai untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci daging dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis halia dan bawang putih hingga harum, masukkan daging dan goreng hingga daging berubah warna. Masukkan sos tiram dan gaul rata.
  2. Tuang air secukupnya dan masukkan kicap cair. Biar mendidih dan daging empuk, masukkan hirisan cili, bawang besar dan secubit gula. Masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur dengan hirisan daun kuchai dan juga cili merah tadi. Hidangkan segera bersama nasi hangat atau pun bubur nasi....

Post a Comment

23 Comments

  1. kalau mkn ni cnfrm sy akan burpp sentiasa...

    ReplyDelete
  2. kakchik copy resepi eh .. nk try nnti.

    ReplyDelete
  3. nak try. tapi tkot lak laen rasanya..huhuhu

    ReplyDelete
  4. mane la dapat mangkuk ngan piring tu,. mesti mahal kannn...

    ReplyDelete
  5. wahhh nmpk sgt2 sedap..tak pernah mkn lagi ada letak sos tiram cam ni...tq CMG

    ReplyDelete
  6. CMG, saya selalu kalau dah tumis segala bagai, terus masuk pressure cooker. nak cepat....

    ReplyDelete
  7. Salam CMG tengokkan ramuannya aje dah cair air liur kalau tengok gambarnya sah leleh air liur :)
    New Entry "SAH: Tiada Telur Ayam Tiruan Di Negara Kita - Jabatan Veterinar"

    ReplyDelete
  8. lazat berkrim disukai ramai!!!

    ReplyDelete
  9. salam en.mat...sedap tu mmg sedap..tp hasrat terbantut nak makan daging sbb ader org xleh makan..huhuh

    ReplyDelete
  10. Kakak hairan tak ketandusan idea buat resepi saban hari. Masuk je mesti lain resepi.....

    ReplyDelete
  11. Memang meleleh tahap gaban..
    menu harian sy ketika berpantang sgt elok..halia elok utk buang angin..hehhe

    ReplyDelete
  12. mat gebu~ ajarlah sekali mcm mn nk hiris daging. sbb i hiris daging faild la..setiap kali masak sure daging taknak lembut. :(

    ReplyDelete
  13. resipi kesukaan my hubby =) tq share

    ReplyDelete
  14. mohon share resepi ni..n dh try ..heee... bgus tuk pembuangan angin ni :)

    ReplyDelete
  15. Sedapla nak Cuba masak.

    ReplyDelete
  16. Abah masak ape ni ? Oh , ini daging 4 dlm satu. Mcm masak kicap je ? Pun boleh juga , nama masakan abah ari ni daging masak halia plus kicap plus black pepper ber sup . Haha

    ReplyDelete
  17. Abah masak ape ni ? Oh , ini daging 4 dlm satu. Mcm masak kicap je ? Pun boleh juga , nama masakan abah ari ni daging masak halia plus kicap plus black pepper ber sup . Haha

    ReplyDelete
  18. terbaek...iyalaaaa....mcm meleleh je ayaq lioq

    ReplyDelete
  19. Baaaru ja siap mencuba ni. Alhamdulillah sedap. Hehe Terima kasih yer resepinya.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.