IKAN REBUS CICAH SAMBAL AIR ASAM BUDU!

P1270324
Sedappppppppp.....serius, mat gebu makan sorang jeee...yang kat atas ni. Tapi tu tekak mat lah, kena dengan nasi panas kan..aduhh, tak boleh nak kata apa dah. Itu sambal air asam tapi mat campur BUDU...yang tak makan tu...sori!!...eh tapi boleh omit itu budu, pandai2 lah oter yeaaa. Mat guna ikan Japanese Mackerel yang bebas radiasi okehh... Tapi guna ikan tongkol pun sedap. Ikan lain mat tak pasti lahh, kalau ikan kembong pun sedap gak. Ikan tenggiri pun bolehh, janji ikan banyak daging punya. Meleleh tak tengok limau kasturi tuu..hadoii, yang ngandung2 tuu minta ampon yea, tak sengaja ter menggoda u all pulak..pstt Puan Azila..amacam?...hehe.. Ok jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan japanese mackerel, dikerat 4, ikut saiz ikan
1/2 inci halia, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air secukupnya

BAHAN SAMBAL AIR ASAM BUDU :-)
20 biji cili padi merah siam
2 biji bawang merah
1 inci belacan
Gula secukup rasa
1/3 cawan jus asam jawa
4 - 5 biji limau kasturi, ambik jusnya
1/2 cawan "BUDU"...
Hirisan bawang besar, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK IKAN REBUS :- Masukkan semua bahan kecuali bawang untuk hiasan, ke dalam periuk bersama ikan, tuang air secukupnya dan letak sedikit garam. Didihkan dan biar hingga ikan masak. Matikan api. Biar kan sekejap.]
  2. UNTUK SAMBAL AIR ASAM BUDU :- Tumbuk cili padi, bawang merah, belacan hingga hancur dan lumat. Tuang budu, jus asam jawa dan jus limau kasturi. Tambah gula sebagai pengimbang rasa. Jika ok boleh hidangkan bersama ikan.
  3. PENYEDIAAN :- Toskan ikan, letak dalam bekas sesuai, curah sedikit sambal air asam budu atasnya, tabur hirisan bawag besar dan hidangkan bersama nasi panas....hmm
IKAN REBUS CICAH SAMBAL AIR ASAM BUDU! IKAN REBUS  CICAH SAMBAL AIR ASAM BUDU! Reviewed by Mat Gebu on April 11, 2011 Rating: 5

18 comments:

  1. waaa.. ade BUDU! sedap nye.. huhu

    ReplyDelete
  2. tak reti makan budu. tempoyak reti ler.. errr... ke sama jer?

    ReplyDelete
  3. sedap nye....makan dengan nasi panas ...hee...

    ReplyDelete
  4. Salam Mat,

    Sedap sangat nampak lauk kat atas tu...kakida ni tak pernah sekali pun makan budu...macam mana rasanya yek!

    tapi kakida ni hantu tempoyak...tambahlah tempoyak baru...Mat makan tempoyak tak?

    ReplyDelete
  5. alamak saya peminat no 1 budu.. sedapnya terliuq saya..dah follow follow saya balik tau www.menulisdenganhati.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. perghhhhh. tak boleh tahaaaaannn.

    ReplyDelete
  7. pergghhhh. tak boleh tahaaaaannn.

    ReplyDelete
  8. perhhh..compom mak mertua lalu pun tak perasan...

    ReplyDelete
  9. even tengah kenyang sekarang still kecur gak ayaq liur baca en3 ni...dapdapdap

    ReplyDelete
  10. Wah! Ada budu. Ni yang saya suka ni ;)
    Thanks for Sharing Cik Mat.

    ReplyDelete
  11. sodap tu...CMG...kalau letak dlm Queen Anne...mesti lagi menarik
    http://budgetcorner4u.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. memang terbaik dan menyelerakan lah cik mat

    ReplyDelete
  13. okies en.mattt..ptg ni gakkkk zla buat spt yg dijanjikan semlm:)

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.