P1270478
Salam petang semua, ni patut N3 lepas Jumaat, tapi terlewat pulak.. Aku terasa hati pagi tadi, tapi tak pelah...cuma salah faham, cuma perlu sedikit je masa untuk hilang kan rasa keterasaan ini, nanti ok lah. Pstt menu apa makan tengah hari tadi?..Mat hari ni masak ikan sambal ala nyonya. Tadi mat blurr tatau nak masak apa. Jadi mat YM jiran mat, alah jiran atas tuuu, tanya dia,,,saja lah kan, orang lelaki pun punya idea bagus...dia kata "sambal ikan"..hmm nice juga kan, tapi mat buat ala2 peranakan Nyonya Penang punya sambal ikan. Anda boleh guna apa jenis ikan berdaging...tak kesah.. Ok jom semak resipi, ni hari tak de pantun lah...rasa macam langsung tak de idea.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan pilihan, samada ikan merah atau bawal, terpulang
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
5 biji limau kasturi, perah jusnya
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut, 1 helai hiris halus
1 biji cili merah, dadu kecil
Soa ikan secukupnya
Gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 - 5 biji cili merah
6 biji bawang merah
1/3 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1/2 inci belacan
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan lengkuas

CARA MEMBUTANYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan kelar2..Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga garing pada kedua-dua bahagian. Letak dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai dan 1 helai daun limau purut, hingga harum dan terbit minyak. Tambah gula secukup rasa dan 1/2 bahagian hirisan bunga kantan. Kacau rata.
  3. Tambah sos ikan secukup rasa dan juga jus limau kasturi. Masak hingga pekat. Tuang atas ikan tadi dan hias dengan hirisan daun limau purut, baki hirisan bunga kantan dan juga cili merah yang didadu. Hidangkan segera bersama nasi hangat..