P1260301
Salam malam semua....haha, cukup lengkap dahh...dari tengah hari, petang, senja dan yang ni malam pulak...gasak si mat nihh. Amacam cunn tak cup cake mat gebu?..lawaa kan..bukan jee lawa, sedapp pun yeaa...Sahh...dasar tak sedau diri si mat ni puji barang sendiri...bukan puji, tapi memang sedap, kredit mat bagi pada teman blogger masak dari Temasik, sapa lagi kalau bukan "Rima"...sorang blogger masak2 yang mat dan teman2 lain turut kagum, sentuhan dia halus, sungguh rajin, pada pandangan mat kan, Rima ni meletakkan pandangan bangsa lain pada wanita2 melayu, lebih tinggi dan lebih berkedudukan..yelah suami Rima kan "Ang Mo" (omputeh)..kann Rima...tabik hormat kat rima, sebab dia senior mat gebu..eh, betul ke, u nampak mudaa jee..ehem ehem...blog rima kat sini...


Mat buat 1/2 dari adunan asal kat blog rima. Tapi kan cupcake ni i tell u, memang lembutt, dah lah tu sedappp....cuma mat seperti biasa lahh, aku derhaka, sori. Mat guna gula perang atau brown sugar, dan rasa dia tetap menten, tak manis sangat just nice...hmmm, biskut oreo pulak mat guna yang krim dia kaler pepel tu..hmm perisa apa pulak yeaa...sat yeaa mat gebu pi tengok kejap......Haaaa, ice cream flavor, rasa blueberry lepas tu kan dia ada berangin2 sikit...hmm sedap lahh...menghasil kan kurang lebih 12 biji saiz sederhana. Kalau nak buat cup cake yang berhias buttercream tu, mat saran kan letak 1/2 jee adunan ni dalam setiap cup. Mat letak 3/4 makanya jadilah ia tembam dan gebu. Oh yeaa..anda berbakat dan ingin menjadi pengacara di TV3 dan TV9?..sila klik sini untuk lebih lanjut... Ok jom semak resipi dia yang anda takkan percaya!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
  2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias atau dihidang begitu sahaja....