MASAKAN ORANG TAK BERAPA RAJIN...

P1260277
Salam semua, ya Allah mengantuknya mataaaa....tak boleh jadi ni, kalau tidur boleh menimbulkan rasa malass. Jadi bila tak berapa rajin melanda, maka masak pun lauk ala kadar, ala2 tak berapa rajin atau lemau, bayangkan masak sayur simple macam ni pun pujya lahh selow aku buat, bukan apa, saja lah, kita memasak ni ada juga masa bertenang, kecuali, ko masak 12.30 pm, tapi tetamu nak datang jam 1 pm, itu macam kalo, tak boleh bertenang dahh, kena pro-active, kena lipas kudung, tak boleh terhengeh2, kena pantas...Hmm, jom lah tegok resipi tumis air petola berudang ni....kalau tekak demam ke, kira orait juga lauk macam ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola, kupas, cuci dan potong serong saiz sederhana tebal
100 gram cendawan tiram, cuci dan toskan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
15 ekor udang saiz sederhana
1 kiub pati ikan bilis "maggi"
Air secukupnya
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
Lada hitam kisar secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan udang dan masak hingga udang bertukar warna. Tuang air secukupnya. Masuk kiub pati ikan bilis, kacau dan biar mendidih.
  2. Tambah petola dan soo hoon tadi, perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan cendawan, biar masak sekejap. Masukkan serbuk lada hitam, dan bila mendidih, rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang dan bawang goreng...
MASAKAN ORANG TAK BERAPA RAJIN... MASAKAN ORANG TAK BERAPA RAJIN... Reviewed by Mat Gebu on 3/17/2011 03:33:00 PM Rating: 5

14 comments:

  1. masakan org bujang pun okey jugak ni :P

    ReplyDelete
  2. walau x berapa rajin tapi ia nmpk menyelerakan! :)

    ReplyDelete
  3. masakan tak rjin mat gebu,tapi berudang gak,,,udang my fvrate la,eheeee
    laparrrr

    ReplyDelete
  4. pakcik mat kalo amek gambar mesti cantik....hurmmmm... (komen takde kaitan)

    ReplyDelete
  5. suka sayur petola..naaaaaaaaaaaaaaaaak

    ReplyDelete
  6. sedapnya masakan ni che mat walau kta masakan utk org tak berapa rajin tp menyelerakan sungguh tgknya huhu lapar plak tetiba walau dh mkn huhu

    ReplyDelete
  7. kalo sentuhan tangan cik mat, kan .. petola tumis camni pun dah nmpk sodap!! hihi

    ReplyDelete
  8. petola masak air cenggini kalau makan sesaje mmg asyikkk!!! bagus untuk diet kan?

    ReplyDelete
  9. kalau tukar sayur boleh kan ..xsuka petola ula ..hik2.. sng nye ... haha jgn le kabo tak rajen tu maluu

    ReplyDelete
  10. walaupun simple.. tetap mnjadi pilihan fyd..:)mkn dgn smbal belacn sedap ni..

    ReplyDelete
  11. masak stail org x wape rajin pon tetap menyelerakan cm... :)

    lama x pekena petola neh, nak2 cm boh cendawan lg sedap kan, ade manis2 sket :P

    ReplyDelete
  12. @ myra - betul2..sesuai ni utk org bujang..

    @ mas - selalunya yg tak berapa rajin tu yg sedap.

    @ woofer - haha guna apa yg ada..

    @ sunah - erkk, tu hari pic sunah yg pakcik mat ambik, dah send pada ady budika..

    @ miss ran - dah terrpaksa's..hehe.

    @ adish - sama lahhh kita.

    @ efa - yang ni makan macam tu pun sedap kan.

    @ kak chik - ala ala ala kak chik ni, lauk2 biasa je kak..

    @ gadis bunga - sesuai sangat, letak cili kicap sikit..pengsan.

    @ qaseh - boleh, ganti dengan kobis tak pun timun..

    @ putri - betul2, dgn sambal belacan mmg ngam.

    @ melati - betul kann, letak cendawan, ada rasa2 manis2.

    @ AAp - hahaha, betull..

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.